1. Kawan korang sumer dah kahwin, korang je yang belum.
Sampai satu tahap tu, kawan korang sumer dah kahwin. Tak pun dah ada pasangan masing2. Korang je yang belum ada pasangan lagi. Dengan perasaan "loser" dan "forever alone", timbul la niat di hati nak mencari pasangan dengan alasan "member aku sumer dah ada pasangan, tak kan aku takde". Nak cari pasangan, biar la ikhlas. Kalo tak jumpa jodoh korang skang, insyaAllah masa2 akan datang korang akan jumpa gak. Jodoh tu kan di tangan tuhan.
2. Korang tak tahan hidup sorang2.
Keluar makan sorang2. Pergi shopping sorang2. Pergi maen futsal sorang2 (ni gila nama nyer). Balik raya sorang2. Dan korang mula rasa bosan hidup sorang2. Sunyi sepi. Forever alone. Tapi alasan ni pun tak bole pakai untuk korang nak start cari pasangan. Tak kan nak jawab "saya start bercinta ngan awak dlu sebab saya tak tahan hidup seorang diri" time bini korang tanya.
3. Sebab si dia ajak korang dating
Jangan terima kalo korang tak sker dia. Jangan terima just semata2 sebab dia single dan korang pun single gak. Kalo berkenan di hati, layan kan aje. Tapi kalo tak berkenan, sila beritahu awal2. Macam aku cakap tadi, kalo tak ikhlas, macam mana nak berkekalan. Jadi tak perlu korang start bercinta just semata2 sebab dia ajak korang dating.
4. Korang dah sampai "umur" itu
Apa "umur" itu? Dah tua sangat ek. Hehehe... Alasan ni pun tak bole pakai. Walaupun umur korang dah sampai satu tahap yang korang rasa "umur aku dah sekian2, tak kan tak nak kahwin", korang tak perlu la desprerate sangat nak cari pasangan. Bukan aku suruh jangan cari pasangan. Cari la. Tapi niat kena btol. Jangan maen sapu je sape2 untuk dijadikan pasangan. Susah sangat, suruh mak korang carikan jodoh. Hehehe...
5. Korang nak seseorang untuk perbetulkan hidup korang.
Ni alasan buruk yang paling tak bole pakai, paling WINRAR untuk entri ni. Korang nak start bercinta supaya pasangan korang bole perbetulkan habit korang. Contoh, korang ni jenis perokok tegar. Nak berhenti sendiri tak mampu. Korang pun couple la dengan pasangan yang korang rasa agak tegas untuk menghalang korang daripada merokok. Bole lak macam tuh. Haishhh... Tapi kalo isteri nak cari suami yang bole membawa ke jalan yang benar, anda dialu-alukan.
[Ayang, kalo nampak abang merokok, ayang tampar abang laju2 ye]
p/s: apa2 pun, nak cari pasangan tuh biar la ikhlas...
18 comments:
mungkin patut tukar title entri = 5 alasan untuk mencari jodoh yang tidak bagus... heheheh
hehehe... mekaseh utk idea. tp abg mls nak tukar. hahaha...
hahaha paling WINrar
puteri setuju, keihklasan tu penting agar ianya berkekalan. Bukan mencari sebab terdesak mahupun sebab nak ikut seperti orang lain kan :)
haha mmg terbaik....tergelak bila baca entri ni...ironinya alasan2 ni la yg selalu digunakan pon...kehkehkeh terutama sekali yg dah sampai umur tu ha...
ehem..betul ke kasi tampar muka tu....anyway, saya ada kawan macam ni..sampai sekarang la masih mencari....
SETUJU JUGA... BENAR...
hana sokong 101%. semua alasan tu yang errrr.... lagi2 yang no5. mmg entah apa2. hana xsuka kalau pasangan yang bagi alasan mcm entri tu.. nak je hana nasihatkan org. tapi apakan daya nnt disalah ertikan..
yang paling power, yang mak pilih. hehe
walaupun semua alasan nampak tak boleh pakai... tapi salah satu alasan ada yang betulnye
:)
haha!
saya singgah folloe sini :)
ok thumbss upp untuk entry ni ok.. haha boleh tambah lagi..
6. Kahwin sebab makcik makcik dok tanya "awak bila lagi ??"
heheheheh...
suka semua alasan diatas..tak perlu desprate mencari pasangan hidup sbb Allah tu dah tentukan siapa jodoh kita ;)
yelah kan., nak desperate apanya., rilek jelah., aku main boling sensorang pon pernah., takde gilanya., hahahaha... :))
betul tu RC...tak semua alasan yang ada diatas tak baik...kadang tu memang tak bolih nak elak dah..kan kita perlu berusaha...dlm bab mencari jodoh ni..pelagi zaman sekarang ni..kene cari sendiri...bukan mcam zaman dulu mak bapak uruskan semua..andai segala cara dan usaha tak menjadi juga barulah serah pada takdir..cepat atau lambat semua ada hukmah nya..
Entry yg bagus...apapun alasan tersebut sgtla tak baik. Idup mesti ikhlas...trmsuklah dlm hal cari pasangan.
dan sebab nak dapat anak. eh? alasan ..hahahah
anyway.. aku stuju, bercinta biarlah ikhlas dan jujur,baru kekal ke jinjang pelamin..:)
@bolat: hahaha jugak.
@puteri: btol tuh.
@hatimi: cliche kan yg bab umur tuh.
@ogosh: moga2 kawan hang jumpa ngan jodoh dia.
@leeza: hehehe...
@hana: amboih. terlebih 1% lak. hehehe...
@shawn: haaa... yg tu ultimate WINRAR.
@cikilolo: alasan mana yg betul tuh?
@neon: mesti tensen dok kena tanya soalan yg sama beberapa kali.
@botak: maen boling sorang2 x boring ke? awat x ajak member.
@bunda: tp tu la. ssh2, sruh mak cari kan. mcm shawn ckp td.
@ridzwan: btol2.
@zaxx: anak? haaaa...
Post a Comment