Saturday, July 13, 2013

Cameron Highlands - Big Red Strawberry Farm

big red strawberry farm, cameron highlands, strawberry pick


Satu lagi tempat yang aku singgah semasa kat Cameron Highlands bulan lepas adalah Big Red Strawberry Farm. Sebelum ni pun aku pernah singgah di salah satu strawberry farm kat Cameron Highlands nih. Korang bole baca entri tu kat SINI.

Big Red Strawberry Farm ni kat area Brinchang. Kalo tak silap aku, dalam kawasan pekan gak. Jalan nak ke tempat ni agak kecik, so kadang2 korang bole terlepas pandang. So make sure tengok dia nyer papan tanda dengan fokus nyer.


big red strawberry farm, cameron highlands, strawberry pick


Unik nyer tentang tempat ni, kalo korang nak pergi cari kaktus, tak perlu susah2 dah nak singgah tempat laen. Korang bole datang sini je terus sebab kat sini pun ada Cactus Valley. Tapi kalo korang nak gi strawberry farm je, korang bole terus drive ke atas sebab kat atas ada tempat parking yang lagi banyak. Parking kat Cactus Valley ni agak limited sket.


big red strawberry farm, cameron highlands, strawberry pick
[Pintu masuk Big Red Strawberry Farm]


big red strawberry farm, cameron highlands, strawberry pick
[Ladang strawberry]


Tapi yang paling best datang ke Big Red Strawberry Farm ni adalah foodcourt diorang. Kat foodcourt ni, korang bole order macam2 makanan yang ada sangkut paut ngan strawberry. Aku ngan wife aku order makanan kat bawah nih. Memang sedap la. Cuma banyak lak strawberry dia bagi.


big red strawberry farm, cameron highlands, foodcourt, strawberry food
[Jangan tenung lama2. Kang batal puasa]


Kalo korang rasa nak petik buah strawberry dan pada masa yang sama, perut korang tengah lapar dan nak merasa makanan ber"strawberry", bole la singgah kat Big Red Strawberry Farm nih. Berbaloi...


12 comments:

LaLa mhdnor said...

hari tu pergi x sempat singgah

Unknown said...

hari tu g kejap takleh nak jalan2 sgt sebab tujuan nk dtg ambik sample kajian je.. uarghhhh, nk g lagiiiii.. huhuhu

fyna said...

dah lama tak pergi sini ^_^

9n0L4 said...

haah. jln die kne ke dlm sikit kan. mknn kat situ mmg best. strawberi celup siap dgn lilin die bagi. :)

puteri kasih said...

nanti kalau pergi..memang kena singgah big red strawberry farm ni :)

aswadz said...

@lala: xde petik strawberry la ek?

@aisya: laen kali bole pergi lg.

@fyna: lama x nmpk fyna jugak.

@9n0L4: a'ah. mknn dia mmg terbaek la. nsb baek aku bukan hantu strawberry. kalo x, mesti rambang mata.

@puteri: singgah, jgn x singgah.

Nik Ainaa said...

kecur air liur. >_<

Unknown said...

sedapnya ice cream tu...

aswadz said...

@ainaa: huhuhu...

@malashar: memang sedap.

Anonymous said...

halal tak? kalau halal saya pun nk cuba...mana la tau kot ada gelatin babi dalam dia punya aiskrim dan produk lain. Zaman sekarang ni, dalam kopi pun ada tulang babi macam yg kat kluang cofee station yg pernah diserbu JAKIM. bila makan benda haram ni doa susah makhbul. Hati2...

nina said...

halal tak...mana tau kot2 dalam gelatin aiskrim tu ada b%*I. Kalayu halal saya pun nak cuba

aswadz said...

@anon: hhmmm... mcm ada tanda halal, tp x pasti sgt sbb ingat2 lupa.

@nina: zaman skang ni ssh nak make sure sesuatu produk tu halal ke haram. yg penting kena yakin. laen la dah ada org kata yg mknn kedai tu x halal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...