Saturday, March 2, 2013

Cameron Highlands - Strawberry Farm

Macam biasa. Aku kalo menyimpang daripada menulis pasal satu benda, terus aku lupa nak sambung balik. Bila aku teringat, baru la nak merajinkan diri nak sambung balik apa yang tertinggal. So, kita sambung balik citer yang lepas2 ye. Keh3...

Lepas balik daripada Cactus Farm, kitorang singgah kat Strawberry Farm lak. Strawberry Farm yang kitorang pergi ni dekat area Time Tunnel. Sape yang pernah pergi Time Tunnel tu tahu la kot kat mana. On da way nak kena Tanah Rata gak.




Kat Strawberry Farm ni kalo tak jual strawberi, memang tak sah dan tak layak digelar Strawberry Farm. Tapi kalo takat nak beli je, tak yah la susah2 nak datang Cameron Highland. Pergi je mana2 supermarket, insyaAllah ada jual gak. Tapi kalo nak petik sendiri, sila la datang.


[Cendawan pelbagai warna, tapi perisa mungkin satu je]


Cuma satu benda je yang tak best nyer pasal Strawberry Farm nih. Untuk petik sendiri strawberi, korang akan di charge RM 25 per head [PEMBETULAN] per kilo atau lebih kurang gitu la. Satu bekas yang diorang bagi tu bole 2 orang je masuk. Kalo nak masuk lagi, bayar lagi sekali dan diorang akan bagi lagi satu. So kalo korang datang secara berjemaah, sila la kopak kan dompet dan beg duit masing2. Pastu strawberry yang korang kutip, sila makan sampai muntah. Tapi aku syor kan korang sewa tapak pasar kat Kea Farm, pastu korang jual balik strawberi korang. Hehehe...


[Tempat strawberi membesar sambil menunggu diri disunting "kumbang"]


[Quality check untuk pastikan buah mengikut piawaian SIRIM]


[Lapar sangat dah, makan dlu la]


Hhhmmm... Panjang dah ni aku rasa entri aku. Okay la. Nak sambung berehat. Hehehe...


7 comments:

vanilla said...

bkn per head la bang...dia kira berat buah...kan nak masuk 10org dia nak caj 150 je..utk satu bekas tu 1kg ke 0.5 ke...lupa..yg nak kira 1bekas brape org blh masuk tu pun lupa plak...
but guys, the strawberries are big ok! not like what u see in tesco or giant. hehe

MalizaMah said...

Cameroon dan strawberry mmg seiring!!

Hans Hanis said...

baru pergi minggu lepas
memang best :-)

Unknown said...

teringin nak pi lagi. tapi ketakutan pada gayat tu mengatasi segalanya. hahaha. so biar lah 10taun sekali ja pi :P

aswadz said...

@vanilla: mekaseh sbb tlg btol kan.

@leeza: kih3... cameroon, jauh tuh.

@hans: hehehe... best2.

@zafira: apa yg gayat nyer? bkn naek kereta kabel pun.

puteri kasih said...

bestnyer makan stoberi :)

aswadz said...

best kalo mkn strawbery yg sdp. tp x best kalo mkn yg masam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...