Tuesday, August 3, 2010

Menjajah Cameron Highland

Menjajah ke? Hahaha... Berlebihan lak tajuk entri. Padahal takde la pergi banyak tempat pun. Sebenar nyer dah lama aku nak wat entri pasal ni. Tapi tak sempat2 nak wat. Minggu ni aku agak busy sket ngan keje. So tak berkesempatan nak curi2 masa untuk berblogging. Sebab benda yang nak post ni agak banyak gak la. So aku take time gak la nak complete kan entri ni. Aku wat sket2 sampai abes.

Minggu lepas Cik Eeda datang ke Kulim lagi, lepas abes perbincangan ngan lecturer nyer di USM. Cian dia, kena cari sendiri hotel sorang2 memandangkan aku still tengah keje. Kul 5 lebih baru bole balik. Sebab dia abes jumpa lecturer pun dalam kul 2, pastu member dia ada meeting. So nak tak nak dia pun gi cari hotel daripada melepak sorang2 kat USM tu sementara tunggu aku abes keje. Naseb baek anda jumpa. Hehehe...

Malam tu, kitorang gi jalan2 kat Jusco Perda. 1st time untuk Cik Eeda dan 2nd time untuk aku. In fact, aku bawak Cik Eeda ni datang sini sebab nak promote dia makan nasi ayam penyet je. Hak3... Kitorang order nasi ayam penyet, sup sayur, rendang ayam. Tapi sup sayur dia tak sedap. Jadi next time, jangan order. Yang laen2 tu sedap la. Sebelum tu, Cik Eeda ni ajak beli donut kat Big Apple. Jadi konklusi nyer, kami banyak makan pada malam itu.


Donut Big Apple. Tapi tak abes pun makan sumer. Yang laen bawak umah, simpan dalam peti ais. Sok sambung makan.


Tengah makan donut.


Kedai nasi ayam penyet.


Menu kami. Tapi rendang tak sampai lagi time ni. Sampai2 je rendang je, terus kami makan. Lupa nak amek gambar rendang tu.


Lepas kitorang dah melantak sakan, aku ajak Cik Eeda tengok muvi The Sorcerer Apprentice. Memang dah lama ajak dia tengok muvi ni. Sejak awal2 dia cakap nak datang sini lagi. Heee... Naseb baek best citer ni. Kalo tak mesti dia majuk ngan aku.


Poster The Sorcerer's Apprentice.


Ari Jumaat lepas baru la episod menjajah, eh, menjelajah Cameron Highland. Saje je nak guna perkataan ni, sedangkan tak banyak tempat pun kitorang gi. Strawberry Farm, ladang teh Boh, Time Tunnel, dan pasar. Mula2 skali time sampai kat Cameron, bajet nak gi ladang teh Boh kat Sungei Palas. Konon2 nak breakfast terus kat sana. Last2 tak jumpa lak. Terus kitorang lanjut ke Tanah Rata. Terus sarapan pagi aka lunch bagi Cik Eeda (sebab dia makan nasi). Pastu tanya2 orang, kitorang patah la balik ke Brinchang. Tapi tak gi terus ladang teh tu. Singgah Time Tunnel dlu, sebab on da way je kan. Singgah la kejap.


 Galeria Time Tunnel.


Galeria Time Tunnel ni macam muzium gak la. Sebab dalam ni ada sejarah2 tentang Cameron Highland dan sebagai nyer. Tapi biasa la. Berjalan ngan Cik Eeda ni, dia bukan berminat sangat nak membaca benda2 ni. Dia reti jalan2, amek gambar je. Aku je yang rajin baca2. Hehehe... Selain itu, kita gak bole jumpa barang2 lama seperti ubat gigi, susu cap junjung dan segala macam jenama yang lama2 lah. Even Darlie versi lama pun (yang dlu dipanggil Darkie) pun ada.


 Jenama minuman bergas zaman dahulu kala.


 Baby food, quaker, susu tin zaman dlu2...


Mainan zaman kanak2 dlu.


Antara catatan2 bersejarah berkenaan dengan Cameron Highland.


Lepas Time Tunnel, kitorang singgah lagi satu tempat, yang juga on da way. Strawberry farm. Memandangkan ada banyak strawberry farm kan Cameron ni, jadi kitorang tak bape tau mana farm yang bagus. Dlu masa kecik ada gi farm yang bagi aku agak bagus, tapi aku tak sure yang mana. Maklum la, time tu aku kecik lagi kan. Mana ingat sumer tuh. Yang tau berjalan2 je.

Farm yang aku gi ni, kalo stakat nak jalan tengok2 je, bagi aku tak sesuai la. Sebab jalan pun sempit. One way lak tu. Kalo dah sampai ujung, kena patah balik. Kalo ramai orang, tak ke kena bersesak2. Lagi2 time korang nak balik, yang satu group lagi baru nak datang. Bertembung la anda di tengah jalan. Ni untuk orang yang nak self-plucking mungkin okay la. Okay je la. Takde la bagus mana pun aku tengok. Hahaha...

Then baru kitorang sampai ke Ladang Teh Sungei Palas. Jalan nak ke sini agak sempit. Siap kena hon2 lagi kat selekoh sebab tak nampak apa yang akan datang dari arah bertentangan. Even kat jalan besar pun, kena watch out ngan sign board dia, kalo tak, memang ter"miss" la, macam kitorang. Bajet nak gi pagi2, last2 lajak sampai ke Tanah Rata. Sampai kat sini, memang menarik la pemandangan. Lagi2 tengok restoran (yang memang khas untuk menikmati minuman teh dari ladang tersebut). Pastu bole melawat kilang teh lagi. Kedai yang jual produk teh diorang pun ada. Macam2 produk la. Korang gi ar tengok sendiri. Malas nak citer panjang2. Nanti tak surprise lak korang.


Salah satu gambar dalam kilang pemprosesan serbuk teh.


Replika mesin pengisar dauh teh.


Kitorang nyer lunch menu kat ladang teh nyer restoran


Pemandangan dari restoran tempat kitorang lunch.


Pathway nak turun ke bawah, tempat parking kereta.


After singgah ladang teh, kami singgah lak pasar yang dok jual2 macam2 barang tu kan. Beli la teh strawberry Cameron Valley. Teh perisa laen pun ada gak, tapi tu Cik Eeda yang beli. Barang2 laen pun ada beli gak. Tapi takkan nak mention sumer kan. Gilos apos. Hehehe... Pastu, kami pun terus la berangkat ke Kuala Lipis. Sabtu tu nak balik dah kan.
Berciter pasal balik ni yang aku nak hangin ni. Bas Persada Ekspress nyer pasal. Time tu gi Bukit Jalil la kan, nak amek bas balik ke Kulim. Tengah2 cari bas tu, ada sorang promoter ni kata naek la bas Sharmisha. Aku kata ok gak sebab aku pernah je naek bas Sharmisha ni. Pastu dia pun bawak ke booth jual tiket. Tapi nama booth bukan nama Sharmisha la, sebab nama lebih kepada agent je. Lepas aku beli, gi la lunch. Pastu aku datang balik nak tanya bas dah ada ke tak, dia cakap la ni bukan bas Sharmisha (kebetulan aku ada sebut nama Sharmisha time aku tanya tu), ni bas Persada. Tapi sebab dah beli, redah je la kan.

Redah tu takpe lagi. Tapi kalo dah bas tak sampai lagi, camne aku nak redah kan. Fikir2 kan la. Tiket beli kul 2.30 petang, tapi bas tak sampai2. Siap amek bas baru lagi. Kul 4 baru gerak. Tu pun singgah lagi Jalan Duta. Last2 kul 5 baru bertolak. Tak cukup lagi tu. Around kul 6, ada traffic jam lak kat highway. Ada accident. Stuck lebih kurang sejam lagi. Sampai2 je Kulim, dah nak dekat kul 11 malam. Sampai2, confirm terus tdo ler. Harammm nyer bas. Baek aku amek tiket kul 4.30 petang kalo aku tau macam tu. Sempat aku jalan2 ngan Cik Eeda kat Sogo. Hampes...



2 comments:

eEe...da said...

detail yg amat

aswadz said...

hehehe..... biasa la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...