Wednesday, August 18, 2010

Jantina laptop korang.

Rasa nyer macam dah lama lak aku tak update blog aku yang satu ni. Walhal baru seminggu lebih je kan. Baek la. Ari ni aku saje je nak wat entri pasal benda ni. Sebab takde benda laen yang lagi menimbulkan ke"intereste"an dalam kehidupan aku at the moment. Cam sedih lak bunyi nyer bila aku baca balik tulisan aku ni. Hehehe... Apa pun, lets continue ok. Ni pun aku dapat tau lepas Cik Eeda anta emel kat aku menerusi emel tempat keje. So capacity rendah. Sebulan dua ilang la emel ni, confirm. Jadi aku wat la entri ni spesel, in case pada masa depan, aku bosan2. Bole aku wat benda ni balik. Maen2. Muahaha....

Baek2. Macam ni. Korang tau tak jantina pc atau laptop korang tu? Kalo tak tau, ada cara untuk mengenal pasti jantina pc atau laptop korang. Hanya taip kan LAWAK dan hantar ke 33652. Eh? Bukan2.... Tu salah nyer advertisement. Yang sebenar nyer, Dragonball ada 7 bijik sumer nyer? Eh? Nape aku kuat merepek ari ni? Takpe2. Kali ni serius sket. Untuk mengetahui jantina pc atau laptop korang, korang bole follow step2 kat bawah ni. Tapi kalo agak malas, korang bole tanya sendiri laptop korang tu, pastu tunggu la sampai beliau jawab. Haaaaa... Kan senang.


1. Buka "Notepad".

2. Tulis CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

3. Pastu save as i love you.vbs

4. Pastu tutup file tu dan double klik file tersebut.

5. Nescaya, korang akan mendapat respond yang berbunyi "I love you".


So, korang dengar je la tu suara laki ke pompuan. Agak2 kalo pc tu sama jantina ngan korang, korang bole la campakkan beliau dan cari pc baru yang berlainan jantina ngan anda. Maklum la, nak elakkan diri daripada dilabel gay atau lesbian. Pastu kat bawah ni pun korang bole try gak.


1. Buka "Notepad".

2. Copy dan paste kod kat bawah ke dalam notepad.

Dim msg, sapi
msg=InputBox("Enter your text for conversion–www.techvorm.com","TechVorm Text-To-Audio Converter")
Set sapi=CreateObject("sapi.spvoice")
sapi.Speak msg

3. Save file guna sebarang nama dalam format vbs. contoh: kambing.vbs

4. Tutup dan buka semula notepad tersebut.

5. Taip perkataan yang anda mahukan. Kelakar abes kalo korang taip dalam bahasa melayu.


Tu baru dua. Ni kalo korang rasa bosan lagi. Bole cuba yang kat bawah ni lak.


1. Buka "Notepad".

2. Tutup "Notepad"

3. Buka "Notepad".

4. Tutup "Notepad".

5. Repeat step kat atas sampai korang rasa tak bosan dah. Hehehe...

2 comments:

eEe...da said...

tip no 3 tuh tip dari mn..hihihi

aswadz said...

tu buat sendiri. hehehe... kreatif x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...