Tuesday, August 31, 2010

1Malaysia Menjana Transformasi



"1Malaysia Menjana Transformasi" merupakan moto Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Agak2 sape yang tak tau tu, bole rendam kepala anda dalam besen air selama 10 minit. Sape yang berjaya hidup lepas tu, anda dikira sudah merdeka daripada sikap ignorance anda. Hehehe... Aku ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Aku ingat lagi masa kecik2 dlu abah aku bawak satu famili gi Stadium Perak. Gi countdown kul 12 tengah malam, nak sambut Merdeka nyer pasal. Biasa la. Masa kecik2, suasana camni kira best la kan. Ada persembahan macam2, pertunjukan bunga api lagi. Pastu ada brother2 jual kacang putih la, minuman la. Jadi seronok la kan. Keesokan hari nyer, pegi tengok perarakan pulak. Tapi bila dah besar ni, takde nyer niat nak gi tengok kat stadium ke hape. Rasa malas yang amat sangat. Lagi2 la kalo nak gi sendiri. Memang tak dapat la. Ada beberapa sebab yang menyebabkan aku malas.

1. Susah nak cari parking kereta.

2. Sesak. Ramai sangat orang. Nak kena mencelah2 lak. Dibuat nyer bersentuhan ngan awek2 cun ke, tak ke Cik Eeda marah....

3. Malas nak bangun awal2 semata2 nak menempuh perkara 1 dan 2 seperti yang tertera di atas. Yela kan. Time cuti2 ni la nak bangun lambat2. Takde nyer aku rajin nak bangun awal.


Anyway, semalam aku countdown Merdeka ngan Cik Eeda dalam tpon. Actually, bukan countdown pun. Tengah dok bergayut, tiba2 terdengar bunyi orang maen bunga api dan mercun. Baru aku perasan, dah kul 12. Apa lagi, aku pekik la MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! sambil Cik Eeda, dia senyap je. Mungkin dalam hati dia kata "Gilos apos balak aku ni?"

Hari Merdeka ni, aku teringat macam mana aku sambut Merdeka time kat universiti dlu. Universiti aku ni dia macam dah satu pesen je time tu. Asal nak mewajibkan kitorang gi sesuatu program yang diorang anjurkan, diorang akan mem"blackout"kan kediaman kitorang. Tak tau la kan sama ada kebetulan atau tak. Tapi aku anggap itu keje pihak universiti je la ek. Jangan marah. Hehehe...

Kejadian ni berlaku either time aku 2nd year atau 3rd year. Sebab yang aku ingat time tu duduk kat KKA Taman Aman. 1st year aku duduk Kg. Wai and Final Year aku duduk KKG Wang Ulu. Time ni kira sehari sebelum Hari Merdeka la. Kul 12 orang countdown kan. Dan2 je malam tu gak kena blackout. Last2 kitorang terpaksa la gi Stadium Kangar sambut merdeka. Dah la tengah blackout kan. So bersiap2 pakai baju apa sumer tu stakat ala kadar je la kan. Bukan nampak pun nak pakai segak2. Baju seluar pun maen suluh ngan handphone. Dah suluh, terus grab lalu pakai je. (Tapi sebelum tu memang dah pakai baju, jangan korang ingat laen lak)




Last skali, aku berharap sempena Hari Merdeka ni, rakyat2 Malaysia akan memerdekakan diri mereka dalam beberapa perkara.


1. Memerdekakan diri daripada kemalangan jalan raya mahupun kemalangan lebuh raya. Maklumlah, nak dekat raya dah kan. Kang tak pasal2 tak sempat sambut Hari Raya.

2. Untuk kanak2, memerdekakan diri anda daripada permainan mercun yang bukan2 dan yang membahayakan kesihatan fizikal tubuh anda. Meriam buluh lagi la jangan maen. Kalo nak maen gak, gi maen meriam kat Fort Cornwalis tu.

3. Untuk penunggang motorsikal lak, merdekakanlah diri anda daripada sikap menunggang di tengah2 jalan raya. Tunggang la kat tepi sket, bagi laluan kat kereta. Bukan hape, takut korang kena langgar je ngan kereta2 yang agak baran ngan sikap anda. Dan jangan lupa, kalo menunggang by group tu, tolong la jangan menunggang side by side, pastu sembang2, lupa kat belakang ada kereta. Kalo aku, nak je aku rodok motor kau.

4. Untuk pemandu kereta lak, merdekakanlah diri anda daripada skill memandu anda yang teruk tu. Hahaha... Dah la slow, tapi nak gak masuk dari simpang ke jalan utama time orang tengah bawak kereta laju2. Tak ke orang tu tak pasal2 kena emergency brake.


Anyway, selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53.

2 comments:

eEe...da said...

abg....ida xtau...tp mls nk rendam kepala dlm besen air..hehehhe..malu i tau i nih krg ilmu pengetahuan tibe2

aswadz said...

huhuhu... cian kat anda. xpe la. exception utk ida.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...