Sunday, March 10, 2013

Parkview Apartments Cameron Higlands

Korang yang baca entri Cameron Highland aku hari tuh mesti tertanya2 kan. Kat mana aku duduk sepanjang aku bercuti kat sana. Aku koya2 tak nak citer kat dalam entri tu sebab nak wat satu lagi entri spesel. Aku memang pakar bab2 mencambahkan idea untuk menulis blog nih. Keh3...

Masa tuh cuti Maulidur Rasul. Pastu untuk negeri2 yang amek Thaipusam, memang sambung lagi cuti sampai ke Isnin. Dan cuti2 macam ni, homestay kat Cameron Highland ni memang cepat full. Hotel aku tak pasti la pulak. Masa wife aku tolong carikan sebab skali lagi husband dia buat2 busy, tinggal Parkview Apartment je yang masih ada untuk rate yang still considered reasonable.


[Yang kanan tu blogger gak, bole singgah kat blog dia kat SINI]


Apartment ni kat Tanah Rata. Rate dia dalam RM 250 (peak rate) untuk semalam. Rate waktu bukan peak dalam RM 150++ je kalo tak silap aku *PEMBETULAN* Wife aku cakap takde rate untuk waktu peak. Rate sama je sumer. Ke lagi murah? Lebih kurang la tuh. Kalo korang berminat, bole la google kat internet. Bole gak kalo nak tanya aku atau wife aku, tapi aku tak sure resit ari tuh masih wujud atau dah selamat bermastautin dalam tong sampah. Atau mungkin juga dah selamat dikitar semula.






Review aku? Best... Bilik ada 3. Bilik air kalo tak silap aku ada 2 (PEMBETULAN: ada 3 sebenar nyer). TV ada (siap ada Astro lagi). Dapur pun fully equipped. Kalo korang rajin, bole la nak memasak malam2. Susah sket nak cari makanan malam2 kat Tanah Rata ni, especially makanan halal. Melaenkan korang tahan makan masakan mamak tiap2 hari. Tapi jangan risau la. Kedai runcit ada 2-3 kalo korang nak beli barang2 nak memasak. Cuma aku tak pasti sama ada setiap apartment offer spesifikasi bilik yang sama atau bergantung kepada owner.


p/s: cuti sekolah pun nak dekat dah. bole la kalo sape2 nak bercuti tu survey2 dlu Parkview Apartment nih.


14 comments:

vanilla said...

bilik air ada 3

vanilla said...

oh ye, xde rate utk peak season or what...sama je harga dia bila2 nak pergi. this apartment belongs to sham's holiday ;)

tirahzairi said...

untungla...hihi

LydSunshine said...

Haaa.. kantoi bg review salah. Nasib cik vanilla betul kan.

mselim3 said...

oooooooo...insaallah kalau snggah sini...mselim3 biasa gi desaru atau teluk godek kat johor aje...

mselim3

pls:Seronok bawa family bercuti kan....

aienzunnur said...

Fuyoo fuyoo..ad gmbr awek berposingkn nm apartment..

Yana Halim said...

mmg suka naik Cameron Highlands. Tp dah terbiasa menginap di Strawberry Park. Maybe next time try lain pulak.. :)

puteri kasih said...

nanti kalau bercuti ke cameron..bolehlah stay kat sana :)

dariilhamkehati said...

CP kalaw g tak cukup baudget sampai nak tidur2 nih , heheheehe , salu balek hari nih , but nice info la mane nak taw dah mampu nanti nak g ker :P hehehe

aswadz said...

@vanilla: hahaha... asyik bagi salah info je abg nih.

@tirah: tuan nyer rumah tu untung sbnr nyer...

@lyd: kih3...

@selim: johor tu jauh sgt bg aku.

@aien: fuiyoo...

aswadz said...

@yana: strawberry park ok x?

@puteri: silakan...

@CP: dlu blk ari je. tp sbb bawak family jauh, kena la stay.

Unknown said...

macm na nak hubungi nya.

Unknown said...

salam,macam mana nak hubungi owner tu,tk.

aswadz said...

sori x dpt nak tolong. sbb masa booking tuh, wife aku yg handle. tu pun dia dah x ingat dah nombor telefon org tuh. resit pun hilang ntah ke mana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...