Tuesday, July 7, 2015

Hang Tuah dan Keris Taming Sari Hanya Mitos?

Aku rasa mesti ada antara korang yang nak termuntah dah asyik baca entri pasal keris Taming Sari je dalam entri INI dan INI. Okay2. Aku janji yang ni last. Pasni sambung balik entri santai sengal.

Mesti korang pernah terbaca mana2 artikel yang mengatakan bahawa Hang Tuah sebenar nyer tak wujud. Yela, kubur pun takde. Ada yang mengatakan makam Hang Tuah di Tanjung Keling tu cuma sebagai tanda peringatan je. Kubur sebenar ntah ada ntah takde. Wallahualam. So bila kewujudan Hang Tuah sendiri orang pertikaikan, secara tak langsung kewujudan keris Taming Sari juga turut dipertikaikan.


makam hang tuah, hang tuah, tanjung keling, melaka
[Makam Hang Tuah]


Mohd. Ramli Raman, pensyarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya berkata yang keris Taming Sari banyak diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu serta beberapa manuskrip lama yang lain. Beliau mengesahkan yang keris Taming Sari yang disimpan dalam jagaan Kesultanan Perak merupakan yang asli dan mempunyai rupa dan ciri2 umpama senjata di abad ke-14 kerajaan Majapahit itu.

Keris Taming Sari yang dijadikan salah satu alat kebesaran Kesultanan Perak menepati ciri2 yang diperlukan termasuk jenis logam yang digunakan, malahan serupa dengan gambar rajah yang ditemui dalam Manuskrip Taming Sari. Manuskrip Taming Sari merupakan manuskrip lama bertulisan jawi kuno dan mengandungi zikir dan amalan perang Tariqat al-Shazilliah yang dipercayai ditulis pada abad ke-15.


keris taming sari, manuskrip taming sari
[Manuskrip Taming Sari]

6 comments:

Prince of Noob said...

pinjam keris.

Khai♥Rin : anies said...

penah jg laa kwn ckp, hang tuah ni cuma cerita yg direka utk membangkitkan 'semangat kepahlawanan' di kalangan org melayu wallahu alam... tp kalu cerita, masalkan ada kubur, ada perigi hang tuah kan?

Deanna Morni said...

oooo.....baru tauuuuuuu hihih

aswadz said...

@noob: keris kat muzium.

@anies: btol tu.

@deanna: hehehe...

Amanina Mads said...

tak tau sahih ke tak mitos ni.. hehe

aswadz said...

wallahualam... tapi yang pasti keris ni memang betul wujud la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...