Friday, August 26, 2011

SIRIM Tournumnet Association

#SIRIM Tournumet Association bukanlah sebuah persatuan rasmi under SIRIM, Malaysia. Hanyalah sebuah persatuan/ kumpulan picisan beberapa staff AMREC yang berniat untuk beriadah di luar waktu kerja. Not funded by SIRIM. Funded by sendiri-an berhad. Sendiri2 juga bayar. Harap maklum.


Maka tersebutlah kisah, sekumpulan anak muda yang bekerja di AMREC menubuhkan sebuah kumpulan. Kumpulan untuk berkumpul beramai2 di luar waktu kerja. Beriadah bersama2 dengan meluangkan masa untuk bermain bowling 2 kali sebulan.

Pada asal nyer, kumpulan ini cuma bergelar Tournumnet. Itu pun nama tidak official. Dibuat secara tidak sengaja. Kisah Tournumnet boleh dibaca di SINI. Pada bulan Julai lepas, sebelum pemergian 3 orang ahli Tournumnet ke Sepang, sumer ahli pasukan bersetuju untuk mengadakan permainan bowling terakhir untuk depa bertiga tahun ni.


 [Ahli2 Tournumnet]


Untuk game bowling terakhir diorang, aku dan beberapa orang ahli telah membuat keputusan untuk menjadikan game ini laen daripada game2 yang sebelum nyer. Oleh itu, kitorang telah bersetuju untuk mencari satu official name untuk team kitorang, beserta dengan logo sekali.

Tak cukup dengan itu... Yela, mana cukup ngan bagi nama ngan logo je. Apa barang nama official ngan logo je. Ye tak...  Sekali lagi, idea bernas dikeutarakan. Dikeutarakan, sinonim dengan lokasi kami di Kulim, Kedah. Memang kat utara. Kalo kat selatan, mungkin aku akan gunakan perkataan "dikeselatankan", walaupun nampak agak tak logik daripada segi tatabahasa.

Idea yang bernas itu adalah membuat official t-shirt untuk team Tournumnet. T-shirt yang akan dipakai setiap kali nak bermaen game bowling. So, macam mana nak merealisasikan idea2 ini sumer? Well, sebenar nyer ada aku sorang pun dah cukup. Boleh settle sumer.

"Ceh Aswad. Ko memang So Full of Yourself" bak kata-kata Nasha yang selalu diucapkan kepada aku tatkala aku tengah So Full of Myself. Hehehe...

Berbalik kepada citer asal. Of course la ahli2 Tournumnet sumer akan bekerjasama untuk menjayakan sumer idea2 bernas ni. Aku sebagai nadi tunjang kepada Tournumnet dan juga sebagai ketua pembangkang Tournumnet, tugas aku adalah untuk design logo ngan t-shirt Tournumnet dan mencantas idea2 orang laen. Hahaha...

Sebagai permulaan, sebelum design logo ngan t-shirt bagai, official name untuk kumpulan Tournumet. Di sini sumbangan terbesar aku. Aku memberi idea, iaitu menggunakan nama SIRIM Tournumnet Association atau STA sebagai official name. Dan sumer ahli bersetuju dengan penjenamaan semula Tournumnet itu. Alhamdulillah.

So, official name. Settle. Logo STA pulak. Bab yang ni, Syed memainkan peranan. Dia sememang nyer official designer untuk STA. Apa2 design, tak kira logo ke, poster ke. Tu sumer serah kat dia. Dia eja bersepah ke, tak betul ke, tetap dia yang design. Tu yang tournament jadi tournumnet tuh. Ngehehe...

Tapi bab logo, aku pun turut volunteer kan diri untuk turut design. Saje nak gatal tangan. Tapi aku takde la gigih sangat macam si Syed ni. Aku design 1, dia design sampai 3. Tuu diaaa... Rajin budak nih. Bagus. Tapi bagus la kalo ada banyak design. Lagi banyak pilihan untuk ahli2 STA pilih. Akhir nyer, kitorang sebulat suara untuk pilih logo ini.




Beralih kepada design t-shirt lak. Sekali lagi aku sebagai ahli yang aktif, volunteer kan diri. Just sker2. Sorang lagi yang bertanggungjawab, saudara Hazuan. Design punyer design, last2 sumer reject. Bukan reject sebab design tak lawa. Sebab rasa kurang praktikal untuk design baju dan anta kedai untuk jahit.

Cara yang lebih praktikal adalah pegi sendiri kedai alat sukan dan pilih sendiri baju mana yang nak. Lepas pilih, bagi logo untuk disulam atas baju. Settle keje. Tak yah fikir panjang2.


[Baju official STA yang pertama]


Hazuan yang pilih design baju nih. Mula2 aku bahan gak design t-shirt ni. Skali2 ngan budak Hazuan skali aku bahan. Sebab baju ni tak simetri. Hehehe... Last2 melekat perkataan "tak simetri" tu ngan baju nih.

Dalam tak kesimetrian baju ni pun, bila dah siap sumer, nampak cantik la gak. Not bad kata orang. Lengkap dengan logo STA, memang nampak cun la baju nih. Bila pakai pun rasa selesa. Bagus baju tak simetri ni. Bab sulaman logo tu, harus berterima kasih kepada saudara Nasha sebab dia sponsor blok untuk sulaman logo.


[Inilah hasil penjenamaan semula team Tournumnet]


Anyway, penangan baju tak simetri tersebut sungguh hebat. Sampai effect game kitorang. Yela. 1st time pakai. Mesti membawa impact yang besar, ye tak. Efek yang macam mana tuh?

Efek sampai game yang kitorang maen pun jadi tunggang langgang. Sumer baling senget2. Ada yang masuk longkang. Balingan tak simetri kata kan. Kalo simetri, bola tu relax je golek tengah2 lane. Hehehe... Lawak pun ada bila sumer salah kan baju. Giloss...


[Korang memang terbaek ar]


Bersempena dengan Hari Raya yang bakal menjelang tiba tak lama lagi, aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat sumer ahli2 STA. Kalo ada tersilap atau terkasar bahasa, kalo ada yang aku terlebih bahan, harap ampunkan. Maaf zahir dan batin.


***********************************************************************************



Find out if you are a Smart, Wannabe or Vulnerable Funancier?




***********************************************************************************

2 comments:

mohd nasha ain said...

1st hahah... cm budak2 skolah jer... hahaaswad.. aku maapkan.. byk dosa mu kpd ku.. tk terkira tinggi melaupaui everest tk terkire luas melebihi badar tasek selatan.. aku maapknlah.. kire 0-0 ni pon sbb kite g shoping aritue pakai kete ko hahah... klah kpd ahli2 STA.. lepas raya grand prix stat balek.. fitkn diri anda... salam aidilfitri.. salam satu sirim

aswadz said...

aku dah fit dah. "cuti" lama sgt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...