Sunday, January 11, 2015

Night at the Museum - Secret of the Tomb

Sape dah tengok citer ni, angkat tangan...

Aku nak kata baru tengok tu, tak jugak la. Baru nak update kat blog je. Time tengok kat wayang hari tu, movie ni still baru tayang. Movie yang ni adalah sekuel ke-3 untuk francais ni. Aku rasa aku tak tengok sekuel yang ke-2. Yang first je aku tengok. Hehehe...




Dalam movie ni, diorang terpaksa pergi ke muzium di UK untuk menyiasat kenapa secret tablet yang ada pada diorang semakin "berkarat", menyebabkan tablet tersebut semakin hilang kuasa. Hilang kuasa di sini bermaksud magik daripada tablet ini yang membolehkan patung-patung lilin di muzium tu hidup pada waktu malam. So kalau tablet tu hilang kuasa, patung lilin akan menjadi patung lilin. Nothing special. Oh ye, tablet kat sini bukan tablet yang korang selalu usung ke hulu ke hilir tu ye. Hehehe...




Ada sesetengah member aku kata citer tu kurang best sebab straight to the point sangat. Tapi bagi aku, aku suka je. Wife aku pun suka. Hehehe... Well, aku memang suka citer yang fantasi-like plus adventure nih. Hehehe... Kelakar pulak tuh. Lagi aku minat. Apa pun, watak paling mencuit hati dalam movie ni adalah watak garuda kecik yang comel tuh. Hahaha... Tak paham? Sila tengok.




night at museum, garuda relic
[Patung garuda yang aku cakapkan tadi]


18 comments:

Maria Firdz said...

Belum tgk lagi.. kami suami isteri pun suka cerita fantasi camni...

aswadz said...

sama la kita. hehehe...

Khairil Anuar said...

nampak mcm menarik je cerita ni..nnt aku cari dvd je la, wayang ni kurang sikit.

Dunia Zumal said...

Nampak menarik, zumal teringin gak nak tengok ^-^

LydSunshine said...

Kalo sependapat dgn wife tentang movie, kira beruntung la. Boleh layan sama2.

Pha Is said...

tengok masa hari 1st cerita ni keluar.. boleh tahan la..

Mime MF said...

wah 4 bintang tu...mungkin kena p tgk jugak ni..;D

mun said...

dah tengok gak... masa 1st day filem ni ditayangkan... mmg follow je filem ni dari 1st...

sangat best dan kelakar...

Cetusan Minda said...

yang second pun saya tak tgk lagi ... tapi tau lah citer ni mmg kelakar ...

Aisya A. said...

teringin nak tengok tapi time pergi tgk wayang hari tu cerita ni mcm tak fresh dh so pilih lah movie yg fresh dr oven sikit. hehe..

download je lah jawabnya nanti, tak pun tunggu je astro tayang. hihi

Anonymous said...

huwaaa....x dan tgok lgiiiii.....

aswadz said...

@khairil: tggu dvd pun boleh.

@zumal: silakan tgk.

@lyd: seharus nyer sependapat. hehehe...

@phais: wowww... awal tuh.

@mime: sila2.

aswadz said...

@mun: kelakar kan. hehehe...

@cetusan: yg 2nd aku x ingat aku tgk ke x.

@aisya: amboii, nak yg fresh aje.

@anon: hehehe...

Amanina Mads said...

night at the museum trilogy ni xprnah sempat tengok.. hehe. memang kena beli dvd la

Pha Is said...

ha ah, awal.. sebab tu mahal.. heheh

aswadz said...

@amanina: kalo btol2 minat, elok sgt la beli dvd.

@phais: hehehe...

Teena Tna said...

kali ni lebih kelakar dari dulu. layanlah jugak

aswadz said...

hehehe... btol tuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...