Monday, August 29, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Tak lama lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tak esok, lusa. Korang tunggu je la mohor besar raja-raja umumkan malam ni. Amacam preparation raya? Baju raya dah beli? Langsir baru dah beli? Sofa baru dah beli? TV? Kereta? Hehehe...

Korang dah balik kampung tak? Mesti ramai yang dah balik Sabtu lepas kan. Bagus ar. Takde la korang bersesak2 dalam kesesakan lalu lintas di highway2 yang berdekatan. Hehehe...

Sementara nak menunggu kedatangan Hari Raya Aidilfitri, hujung2 Ramadhan ni jangan korang sia2 kan pulak. Bulan yang penuh keberkatan ni datang setahun sekali je. Kalo tak dimanfaatkan elok2, kena tunggu tahun depan lak. Rugi je tahun ni.




Anyway, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sumer member2 yang mengenali diri aku ni. Tak lupa juga dengan blogger2 dan silent reader sekalian yang selalu datang melawat blog picisan aku nih.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


***********************************************************************************


Check out which smartphones are on SALE this month.



***********************************************************************************

3 comments:

O'gosh said...

Selamat Hari raya..bila nak hapdate cite raya plak...

cik azeya said...

selamat selamat selamat hari raye !

:)

aswadz said...

@ogosh: xde citer menarik psl raya utk diceritakan...

@azeya: selamat hari raya aidilfitri juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...