Friday, August 5, 2011

Surat Penjelasan

NOTA: Entri ini mempunyai sifat sarcasm. Yang paham, paham. Yang tak paham, buat2 paham. Tak pun senyap...


Bilik Orang Slalu Komplen,
Tingkat 1, Bangunan Dirahsiakan,
Poskod Tiada,
Kulim, Kedah

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mr. Boon Ong Seck,
Syarikat Keje Btol-Btol Sdn. Bhd,
Tingkat 1, Bangunan Dirahsiakan,
Poskod Tiada,
Kulim, Kedah
(Laaaa.. Sama syarikat rupa nyer)


Tuan,


Menjelaskan yang Kurang Jelas Yakni Perihal Duduk di Tingkat 1

Berhubung dengan perkara di atas, maka ni saya mewakili sebilangan pasukan yang duduk di tingkat 1 sebagai tidak bersalah atas tuduhan tidak membuat keje, melepak, mendonload muvi dan bermacam2 tohmahan dan tuduhan yang bagi saya adalah tidak berasas sama sekali. Terutama nyer saya. Sudah terang lagi bersuluh bahawa saya adalah seorang pekerja yang berdedikasi dan berkebolehan tinggi dalam menjana pendapatan negara. Oleh itu, saya akan menjelaskan sumer perkara yang tidak jelas kenapa saya menduduki bilik di tingkat 1 walhal ofis saya di tingkat 3.

2.)     Mr. Boon, seperti yang tuan sudah sedia maklum, lif syarikat kita iaitu Syarikat Keje Btol-Btol Sdn. Bhd. telah pun rosak dan tidak dapat digunakan. Proses membaikpulih pula akan mengambil masa berbulan2 lama nyer. Oleh disebabkan saya banyak membuat keje di tingkat 1 dan malas berulang-alik daripada tingkat 3 ke tingkat 1 banyak kali, which is meletihkan, maka saya tanpa segan2 telah menempatkan diri saya di ofis tingkat 1. Apatah lagi dalam bulan puasa ni yang hanya akan mengundang lapar dan dahaga sekira nyer saya berulang-alik sedemikian rupa. Adakah Mr. Boon hendak tanggung dosa saya kalo saya berbuka puasa sebelum waktu nyer kerana tidak dapat menahan keletihan?

3.)     Walaupun banyak orang membuat tuduhan bangang tanpa bukti yang sohih bahawa penghuni ofis tingkat 1 tidak membuat keje dan hanya mahu mengguna internet berkelajuan tinggi bak kereta lumba F1, ingin saya membangkang tuduhan2 mereka. Ini saya adalah seseorang yang rajin membangkang. Sedangkan perkara yang btol pun saya bangkang, apatah lagi perkara yang tidak btol, ye tak?

4.)     Memang benar ofis tingkat 1 mendapat internet berkelajuan tinggi. "Meme ar", bak Adiputra berkata2 dalam citer KL Gangster. Tapi orang yang buat tuduhan kami tak wat keje tuh, diorang nampak ke apa yang kami buat sebenar2 nyer dalam ofis tu? Adakah mereka pernah melawat kami? Atau itu sumer hanyalah tuduhan2 dusta yang tanpa usul periksa. Come on laa... Ini bulan puasa. Tak baek tuduh2. Berdosa... Tapi saya tahu Mr. Boon tak puasa. Sebab Mr. Boon kan Cina. Tapi kalo nak puasa gak, takde masalah...

5.)     Berbalik kepada perkara pasal internet berkelajuan tinggi tadi. Tutup lah walau beberapa kali pun. Ada aku kesah? Sebab tujuan saya duduk di ofis tingkat 1 adalah untuk memudahkan saya membuat kerja tanpa perlu ulang-alik banyak kali. Bukan semata2 untuk menggunakan internet untuk donload movie macam Fright Night dan sebagai nyer. Walau internet laju tersebut ditutup skali pun, saya masih bole menggunakan Celcom Broadband saya. Jadi lagi skali saya nak cakap, ada aku kesah?

6.)     Saya ada beberapa cadangan yang mungkin Mr. Boon boleh praktikkan jika Mr. Boon amek port sangat pasal staff2 buat keje atau tidak. Apa kata Mr. Boon senyap2 pasang CCTV kat setiap ofis di setiap tingkat. Kalo lebih baek lagi, sambung terus kat handhone HTC atau iPhone Mr. Boon. Senang nak pantau sepanjang masa. Ntah2 orang yang buat report tu yang tak buat keje. Mana la tau kan... Tapi ingat, pasang senyap2. Jangan heboh2 dalam emel. Nanti sumer orang hidup dalam kepura-puraan.

Akhir kata, saya telah pun mengusulkan surat ini untuk membela naseb kami, warga ofis internet laju. Terpulang kepada Mr. Boon untuk membuat pertimbangan sendiri. Yang penting, saya pekerja baek. Saya takut apa dengan tuduhan2 tak berasas tersebut. Kalo diorang letak batu asas skali pun, saya tetap tak takut. Berani kerana benar. Takut kalo ada hantu kat sebelah. Hehehe...

Kalo Mr. Boon ada yang tak puas hati dan nak berbahas face-to-face, Mr. Boon bole la menghubungi nombor U-mobile saya di talian 0xx-999xxxx. Tak pun kalo payah nak contact saya, Mr. Boon bole anta emel ke payah_nyer_nak_contact_awak@yahoo.com. Sekian, terima kasih.


Yang benar dan sker membangkang,


                                                
(ASWADZ REX)
Staff yang baek2 belaka

--this is computer generated letter. no signature is required--


p/s: korang hadam je la entri tak bergambar ni ye. dalam surat rasmi mana bole letak gambar. hehehe...


***********************************************************************************

Complete your MILO Van collection with the latest 2011 MILO Van



********************************************************************************** 

6 comments:

vanilla said...

heh?

aswadz said...

x paham le tuh. hik3...

nash said...

hahahah... perjuangan kita masih jauh... ayuh bangun pasukan internet laju

aswadz said...

tiada apa utk dibangunkan... ia telah tersedia membangun...

░♥si lampu neon♥░ said...

you buat i tergelak2 la malam ni aswad oii.. haha takj tahan laa dengan surat komplen u ni..macam2 hal laaa =P

kesian cik booon !

aswadz said...

@neon: kesian tak kesian. kebenaran harus ditegakkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...