Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Friday, August 12, 2011

Sakit Mata

Pada hari Jumaat yang mulia ni, topik kita pada hari ini berkisarkan soal kesihatan.

Topik yang ingin aku bincangkan adalah berkenaan dengan sakit mata. Biasa pernah dengar pasal sakit mata? Alahhh... Bila mata kita bertukar menjadi merah dan ada rasa gatal2 atau pedih2. Sakit mata la tuh. Korang pernah kata tak?

Sakit mata merah atau juga dipanggil sebagai konjuntivitis merupakan radang pada selaput luar biji mata dan juga selaput pada kelopak mata. Punca sakit mata? Pasti nyer jangkitan virus dan bakteria. Bahaya nyer sakit mata ni, ia mudah berjangkit. So kalo korang kena sakit mata, mesti member korang sruh korang maen jauh2.




Petanda2 yang kita kena sakit mata adalah mata menjadi merah, mata rasa gatal2 dan kadang2 pedih. Kebiasaan nyer mata akan berair. Dan paling leceh adalah waktu bangun pagi. Kalo mana kes yang teruk tuh, mata seolah2 melekat sebab banyak sangat tahi mata.


Sebab apa aku citer pasal sakit mata?

Sebab aku tengah sakit mata skang nih. Hehehe... Mula2 kena ari Selasa ari tuh kot. Tapi time tu simptom2 sakit mata ni takde lagi. Cuma mata tu dah start merah dah. Tapi takde rasa tak selesa, berair atau pedih. Ari Rabu baru mula rasa tak selesa. Budak2 ofis aku dah halau2 aku dah sruh pi jumpa doktor. Sedey aku...
Jumpa doktor, dapat MC 2 hari. Tapi ari ni dah masuk ari ke-3 aku sakit mata, belum ada tanda2 nak sembuh lagi. Means Sabtu ni kena jumpa doktor lagi skali. Nak mintak MC lagi. Hehehe... Bukan aku yang nak tau. Doktor tu yang sruh jumpa. Aku tarak hal nyer la.


Kronologi jangkitan.

Mula2 mak aku kena. Dua2 belah mata merah. Lepas 2 minggu, adik aku pulak kena. Lepas 2 minggu, aku pulak yang kena. Allah nak bagi kedua2 anak mak ni rasa kepayahan yang dialami mak aku kot. Tu pun baru kena sebelah mata je. Sedangkan aku yang kena sebelah mata pun rasa tak selesa. Apatah lagi mak aku kan. Mesti satu keje nak wat pun tak selesa.

Apa pun, adik aku sampai skang mata dia tak okay2 lagi. Harap2 aku nyer kes takde la selama itu. Kalo tak, 2 minggu la aku MC. Gilaa...


***********************************************************************************

Time to put your creativity hats on & be in the running to win RM10,000 with #NescafeChilllah!

***********************************************************************************

0 so full of themselves :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...