Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Friday, April 6, 2012

Mendapatkan Perhatian Si Dia (For Girls Only)

Korang ada minat kat satu mamat ni. Hensem. Macho. Smart. Bergaya. Kira nyer apa yang mamat ni ada, sumer korang sker. Even ada jerawat batu kat atas hidung pun korang kata comel. Tapi masalah nyer, korang tak tau macam mana nak approach mamat tu. Korang pun tak sure sama ada dia perasan ke tak yang korang slalu usha dia tiap2 ari. Yela kan. Sape la korang untuk memintal buih. Ahahaha... =_="

Aku bukan la pakar pun bab cinta ni. Nak menulis entri ni pun takut kena bahan balik ngan korang. Tapi aku tak kisah la. Aku nak publish gak entri ni sebab pendapat orang kan berbeza2. Aku ada pendapat aku sendiri. Kot2 la korang try tips orang laen tak menjadi. Pakai tips aku menjadi lak. Kalo menjadi, jangan lupa ajak aku jadi pengapit pihak lelaki nanti.


1. Selalu bertegur sapa

Kalo tiap2 hari setakat usha daripada jauh je, dah sah2 la dia tak kan kenal korang sampai bela2. Atau mungkin dia kenal takat gitu2 je. Untuk mendapatkan perhatian dia, korang kena la rajin bertegur sapa. Bagi dia familiar sket ngan muka korang. Kalo bole perkenalkan terus diri korang. Sebut tiap2 hari sampai dia hafal nama korang.




2. Menonjolkan diri

Setakat menonjolkan dada je tak guna. Tu hanya mengundang lirikan nakal lelaki yang lalu-lalang. Tu pun kejap je. Kalo nak menarik perhatian dia, kena buat something yang buat korang nampak stand out berbanding aweks yang laen. Baru la kepala otak dia bole simpan profile korang dalam memori dia. Korang rajin2 la buat muka comel ke atau apa2 je la.

Lagi satu cara adalah selalu hangout di tempat dia selalu lepak. Kalo dia sorang dan korang sorang, lagi bagus. Probability dia untuk approach korang adalah lebih tinggi. Korang ingat lelaki ni berani nak approach ke kalo korang lepak ramai2. Lelaki ni penakut la sebenar nyer.

Nak cara lagi senang, korang curik seluar dalam dia senyap2. Besok pagi bagi kat dia face to face. Confirm dia ingat korang sampai bila2.




3. Slalu berhubung

Bila masing2 dah kenal, chances untuk korang bertukar2 nombor telefon, akaun facebook, twitter dan sebagai nyer pun makin tinggi. Jadi bila korang dah dapat info2 tu, jangan la simpan buat pekasam lak. Guna kan sebijak mungkin. Maksud aku ngan bijak tu adalah dengan slalu berhubung. Bukan jadi stalker ye. Bagi diorang selesa bersembang ngan korang via dunia maya skali pun.





4. Nampak cantik, comel, bergaya atau whatsoever yang berkaitan

Lelaki ni jenis yang predictable. Kalo korang nampak cantik, comel, anggun dan bergaya, confirm diorang akan jatuh cinta kat korang. Well. boys adalah jenis yang terpengaruh ngan daya visual. Tapi let me tell you this. Cantik dan comel tak semesti nyer limited kepada paras rupa je ye. Kalo nak tahu lebih lanjut, korang bole baca entri aku yang INI.




Apa pun, jodoh tu ketentuan Allah juga kan. Jadi yang masih forever alone tu, jangan la nak sedih2 sangat. Bole praktikkan tips2 yang aku bagi ni. Kot2 la sangkut sorang dua. Hehehe...

6 so full of themselves :

TiraPengemis said...

bro! wa ade minat sorng tue....pnah gak la bertentang mala....sweet2 gitu...tp die...tp....tp....sobsss...cedeh...
xmo cte lah!

vanilla said...

klas u...dulu tunang u pn approach u spt ciri2 tesebut ke? ahahah

zuramira said...

hehe..cool lah! :)

Aida Omar said...

masalahnya bila bertentang mata dengan org yg kita suka tetiba dunia jadi gelap.. hilang sudah taktik nie semua. haha.. tapi ada betul jugak tips2 aswadz nie..

ZaroL said...

wahhh..bawah skali tu gmbr Ji Hyo kan?? comel lah. =)

aswadz said...

@tirah: alaaa... citer la.

@vanilla: dia approach guna teknik ke-4 tuh. heee...

@zuramira: :)

@aida: biasa la. pompuan ke pemalu. kebarangkalian utk lupa segala teknik mengorat adalah tggi.

@zarol: a'ah. gmbr ji hyo tuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...