Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Sunday, April 15, 2012

Kota Purba #5 - Angkor Wat

Setelah edisi Kota Purba terbengkalai sejak November lepas, kali ni edisi ke-5 muncul. Jika sebelum ni aku dah citer pasal Petra, Chichen Itza, Derinkuyu Underground City dan Machu Picchu, kali ni aku nak share sedikit sebanyak tentang Angkor Wat lak.




Angkor Wat terletak di Angkor, Kemboja dan telah dibina oleh Raja Suryavarman II (of course bukan dia yang bina, tapi kuli2 dia) pada awal kurun ke-12. Kuil ini dibina sebagai dedikasi kepada dewa Hindu, Vishnu. Namun begitu, fungsi Angkor Wat bertukar daripada Hindu kepada Buddha di bawah pemerintahan Jayavarman VII.

Angkor Wat merupakan satu2 nyer kuil di tapak tersebut yang masih dapat mengekalkan ciri2 keagamaan Hindu dan Buddha. Kalo korang nak tahu, Angkor Wat ni merupakan satu2 nyer tarikan pelancong ke Kemboja dan populariti nyer begitu tinggi sehingga dijadikan simbol pada bendera Kemboja.


[Bendera Kemboja]


Angkor Wat juga merupakan salah satu hasil klasik yang menggunakan Khmer architecture sebagai design. Angkor Wat adalah kombinasi "temple mountain" dan merupakan simbolik kepada Mount Meru yang dianggap sebagai home of god. 5 menara di tengah kuil mewakili 5 puncak gunung manakala dinding dan parit yang mengelilingi Angkor Wat melambangkan banjaran gunung dan lautan.


[Struktur Angkor Wat daripada pandangan udara]




[Plan Angkor Wat]


[Angkor Wat mini]


Sumber: Wikipedia


0 so full of themselves :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...