Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Saturday, November 5, 2011

Kota Purba #4 - Machu Picchu

Wahhh... Lama giler aku tak buat entri edisi Kota Purba. Yang paling latest aku buat bulan Julai lepas, berkenaan dengan Kota Derinkuyu. Memandangkan dah 3 bulan dah terbantut, so aku sambung la balik bulan ni. Edisi ke-4 Kota Purba kali ni menyentuh berkenaan dengan Kota Machu Picchu yang terletak di Peru.




Machu Picchu terletak pada ketinggian 2,430 meter di atas paras laut. Juga digelar sebagai "The Lost City of Incas. Yang best nyer, Machu Picchu berada di tengah2 kawasan pergunungan, dengan pemandangan sekitar yang menarik. Perghhh... Terasa cam nak pergi lak tempat nih, enjoy the scenery sambil2 menikmati sejarah kota purba nih.

Kota ini dipercayai dibina oleh orang Inca pada sekitar kurun ke-15 untuk maharaja diorang, Maharaja Pachacuti. Sebab tu kot nama kota ni Machu Picchu. Lebih kurang je nama kota ni ngan nama maharaja diorang. Well, at least kita tahu yang nama Machu Picchu ni takde kena mengena ngan Pikachu, binatang dalam Pokemon tuh. Hehehe...

Kota purba ni pada mula nyer cuma terkenal kepada penduduk setempat je dan tidak diketahui oleh dunia luar sehingga ler tahun 1911. Semenjak diperkenalkan di peringkat antarabangsa, Machu Picchu mula menjadi salah satu tarikan pelancong dan proses membaik pulih struktur2 Machu Picchu dijalankan bagi memberi gambaran yang lebih tepat kepada pengunjung.


[Tapak Machu Picchu sebelum proses baik pulih dijalankan]


Kota ni terbahagi kepada 2, iaitu kawasan bandar dan kawasan agrikultur. Kawasan bandar mempunyai lebih kurang 140 bangunan termasuklah kuil, rumah dan taman.


[Kawasan agrikultur]


Kawasan bandar pula dibahagikan kepada 3, iaitu Sacred District, Popular District dan District of the Priests and the Nobility. Yang menjadi penyumbang kepada artifak2 penting kota Machu Picchu terletak di Sacred District. Terdapat 3 struktur penting di kawasan tersebut, iaitu Intihuatana, Temple of the Sun dan Room of the Three Windows. Ketiga2 struktur ini dibina untuk menyembah tuhan diorang iaitu tuhan matahari, Inti.


[Intihuatana yang dibina sebagai astronomical clock atau kalendar kaum Inca]


[Temple of the Sun]


[Room of the Three Windows]


[Kawasan perumahan Machu Picchu]


Machu Picchu diisytiharkan sebagai Peruvian Historical Sanctuary pada tahun 1981 dan tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site pada tahun 1983. Pada tahun 2007, Machu Picchu terpilih sebagai salah satu daripada 7 Wonders of the World.


Sumber:
Wikipedia
World Heritage Convention


***********************************************************************************
How do you like the new Volkswagen Jetta?


**********************************************************************************

4 so full of themselves :

aienzunnur said...

bila nk pegi.?.=p

aswadz said...

agak2 kalo ajak kak long kamu honeymoon kat cni, dia nak tak? hehehe...

vanilla said...

enggak mauuu

aswadz said...

aisey...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...