Saturday, November 19, 2011

Korean Drama - You're Beautiful

Okay, aku tahu aku lambat. Citer ni dah lama. Gelak la puas2... Tapi tak kesah la kan. Citer lama ke citer baru. Yang penting, aku baru tengok. And aku nak wat review. Hehehe...




Go Mi Nyeo (lakonan Park Shin Hye), seorang perempuan, terpaksa berlakon menjadi abang nyer, Go Mi Nam yang baru diterima masuk menjadi ahli baru kumpulan K-Pop terkenal, A.N.JELL. Disebabkan Go Mi Nam dimasukkan ke hospital (tiba2 aku bole terlupa lak sebab apa dia kena masuk hospital), dia tak dapat nak hadir untuk upacara menandatangani kontrak. Jadi, kalo tak datang, terkubur la impian dia untuk menjadi penyanyi terkenal.

So, Go Mi Nyeo ni pun berpura2 menjadi abang dia, dan terpaksa berpura2 menjadi lelaki... Dan memandangkan semua ahli anggota A.N.JELL adalah lelaki, plus diorang kena duduk serumah lak tu. Dapat ke Go Mi Nyeo ni mengaburi mata diorang tanpa rahsia nyer terbongkar? Itu... Korang kena tengok sendiri la ek...




Citer ni memang best. Kalo korang tak tengok lagi, sila tengok ye... Walaupun jalan citer pompuan menyamar menjadi lelaki ni bukan sesuatu yang jarang, tapi sebab pelakon2 dia awesome, jalan citer nyer menjadi menarik...

Watak Hwang Taek Kyung lakonan Jang Geun Suk ni aku sker. Sebab dia cool. Walaupun dia ni jenis keras kepala dan agak sombong. Watak ni jauh beza ngan watak yang dia bawak dalam citer Marry Me, Mary! yang bagi aku tak bape nak best.

Go Mi Nam/ Go Mi Nyeo lak merupakan watak yang comey. Tapi honestly, dia nampak lagi comey masa jadi Go Mi Nam. Hehehe... Tapi apa pun, dia comey sebab raut wajah dia dalam citer ni selalu buat muka comey. Maka comey la dia...

Jeremy ngan Kang Shin Woo adalah watak yang kesian sebab tak dapat merebut cinta Mi Nam/ Mi Nyeo. Especially Kang Shin Woo la, yang banyak berkorban. Kesian beliau....

Lagi satu yang best nyer pasal citer ni adalah, dia ada beberapa lagu OST yang best untuk didengar... Contoh nyer lagu nyanyian Lee Hong Ki yang bertajuk Still.



Lagu2 laen pun best gak. Macam lagu Without Words dan Lovely Days. Tiga2 lagu ni nyanyian pelakon2 drama ni sendiri.


Rating:




***********************************************************************************



Don't need to line up at the bank to apply for a personal loan. Apply ONLINE which only takes 5 minutes!



***********************************************************************************

6 comments:

vanilla said...

blh la

aswadz said...

bkn bole la... best wooo...

Alieza Dayasari said...

drama ni mmg best pun.. great ... dah tgk dah...
hihok....
seronok kan..

aswadz said...

best2. aku je yg tgk citer ni lmbt...

whose said...

Kiut..aku suka pmpn korea..hehe

aswadz said...

hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...