Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Monday, November 28, 2011

Happy Feet 2

Baru Sabtu lepas aku tengok muvi Happy Feet 2. Happy Feet yang pertama aku tengok dengan Cik Vanilla. Happy Feet 2 ni aku tengok ngan member STA 3 orang. So campur ngan skali 4 orang sumer nyer. Gi tengok kat 1st Avenue Pulau Pinang.

Actually, tiket ni free. Thanx to company Chemofarm yang menjemput kitorang untuk datang melihat booth diorang. Sabtu tu, Chemofarm ni ada bukak booth la kat 1st Avenue berhampiran dengan pawagam. Aku dapat tahu pun lepas member aku Nasha yang ajak aku gi skali.




Kat booth Chemofarm tu, ada la diorang display alat2 diorang yang terkini macam pipette (versi advance, tak macam yang pakai kat sekolah ye adik2), oven, water purifier dan macam2 lagi la. Sekali lagi, thanx buat pihak Chemofarm sebab menganjurkan event yang macam ni. Kalo buat lagi event macam ni pada masa akan datang, jangan lupa ajak kami ek. Hehehe...




Berbalik kepada kisah Happy Feet 2 nih. Citer dia mengisahkan anak penguin bernama Erik, yang sukar untuk menyesuaikan diri dalam kawanan nyer, yang sker menari dan menyanyi. In fact, dia tak berapa pandai nak menari walaupun diajar oleh bapak nyer, Mumble.

Dia pun melarikan diri bersama 2 rakan nyer dan mengembara ke kawasan laen dan bertemu dengan kawanan penguin yang laen. Lepas Mumble lak mencari anak dia lepas tahu dia hilang. Bila dia dah jumpa dan nak bawak balik anak dia, tengok2 kawasan tempat kawanan diorang berkumpul menjadi rendah akibat berlanggar dengan iceberg yang besar. Dan tiada jalan laen untuk naek atau turun.

Untuk menyelamatkan kawanan diorang daripada kebuluran, diorang mesti berbuat sesuatu untuk menyelamatkan kawanan diorang daripada mati kelaparan. Macam mana? Well, itu korang kena tengok sendiri and find out by yourselves...




Jalan citer muvi ni agak bosan pada pendapat aku. Hhhmmm... Aku tak leh nak fikir sebab pe. Tapi jalan citer dia kurang umphh... Mungkin sebab apa yang ingin cuba disampaikan tu agak terlalu simple.

And yes, same like Happy Feet yang memula dlu, Happy Feet 2 pun ada banyak adegan menyanyi. Sometimes best. Sometimes bosan. Kalo korang just nak bawak anak2 korang untuk tengok citer animasi, bole la tengok muvi ni. Tapi untuk korang enjoy, belum tentu la. Lebih baek korang tengok citer laen.


Rating:




2 so full of themselves :

norlia ghani said...

dah lama tak jengah wayang. kalau aku tengok cerita nih, kompem tertidur tak bangun bangun.

aswadz said...

hehehe... kalo agak2 rasa nak tdo tuh, baik bagi kat aku duit tiket tuh. bazir je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...