Wednesday, October 26, 2011

Rumah untuk Pencinta Kucing

Kepada peminat dan pencinta kucing di luar sana. Tentu korang berminat untuk membaca entri aku kali ni. Pasal pe? Pasal entri ni khas untuk korang2 yang membela kucing, dan pada masa sama nak korang nyer kucing tu enjoy tinggal kat rumah korang.

Yes... Itu yang aku maksudkan. Well, dekat Malaysia ni aku rasa takde lagi kot orang yang buat rumah macam ni. Tapi kat Jepun dah ada. Biasa la Japanese. Sumer benda yang orang tak pernah wat lagi, diorang dah pernah buat. Kreatif diorang nih. Sebab tu la diorang ni bole menjadi pioneer dalam bidang teknologi dan inovasi.

Berbalik kepada topik asal. Fauna Plus DeSIGN, sebuah firma di Jepun yang terkenal dengan idea pet-friendly house diorang. Diorang dah pernah mereka sebuah rumah yang dihuni oleh 16 ekor kucing yang mempunyai ciri2 seperti tangga yang melingkar (umpama pokok) yang bersambung dengan titian untuk catwalk.






Wahh... Mesti seronok kucing2 korang kalo korang buat rumah macam ni untuk diorang. Tapi tak semesti nyer satu rumah tu korang buat macam ni kan. Nanti korang nak duduk macam mana kalo dah keseluruhan rumah dah macam ni rupa nyer.

Daripada sumber yang aku baca ni, aku tak dapat tangkap sama ada rumah ni totally kepunyaan kucing atau owner tinggal sekali dalam rumah ni. Sebab dalam gambar nampak macam totally rumah kucing. Tapiii... Kalo rumah ni rumah kucing, tuan rumah nyer nak duduk mana?

Pada pendapat aku, menarik gak idea ni. Kalo korang bosan2, korang pun bole panjat sekali, jadi macam kucing. Hehehe... Okay2. Serius. Kepada pencinta kucing, mesti diorang tertarik tengok rumah yang features2 macam ni. Dan Jepun dah start trend rumah macam ni, mungkin dalam masa 5 - 10 tahun akan datang, ia akan menular ke serata dunia termasuk Malaysia.




***********************************************************************************


Where should we have lunch today? Papa John's Pizza, Grandmama's or Capricciosa?


***********************************************************************************

9 comments:

Miss Eiza said...

huuuhuu tak mampu la nak bg mewah2 kat kucing

Riben Nobella said...

mampus lah nak kemas kalau depaa kecin rata-rata XD

Umie Artoqiemie said...

mesti obeh suka kalo tengok ni hahaha..

ekin.. said...

untunglarr bnyk kucg..comel2..btw mmg blog nie pnuh anime..:) naruto..huhu..

Cik tikah said...

wah! kreatifnya. nak satu umah mcm tuh. nak kasi kucing2 cik tikah tdo dlm tuh. hehe

♥Aien Najwa♥ said...

i peminat kucing..pergg!!~~mcm heaven tu..ape yg mampu, sangkar pink suda..tu dh cukup wat dier bhgie..hukhuk..(^_^)..

Nur Intan Syafinaz said...

Bahagia kucing2 tu dapat duduk umah cenggini!! haha

monster kecik said...

suke nye kucing:))

aswadz said...

@eiza: org kaya je bole bg rumah cenggini kat kucing...

@nobella: apa susah. cuci sebulan skali. hehehe...

@artoqimie: obeh sape?

@ekin: blog yg penuh anime tu, blog lg satu. yg tu lg byk kot.

@tikah: pi order ngan firma jepun tuh. saya x wat rumah2 ni. hehehe...

@aien: ikut kemampuan je. mcm berlebih2 lak siap buat rumah utk kucing. tp kalo bole duduk skali, best gak. bole join diorang panjat2.

@syafinaz: confirm bahagia...

@monster_kecik: saya sker maen ngan kucing je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...