Sunday, October 16, 2011

Pemandu, Kereta dan Tabiat #9

Tajuk: Main Masuk Je...


Mesti ada antara korang yang biasa terjumpa dengan situasi di mana korang tengah sedap2 bawak kereta, tiba2 ada kereta daripada simpang, main masuk je depan korang. Mesti korang angin masa tuh. Tu belum yang kena sumpah seranah lagi.




Kebiasaan nyer berlaku kat jalan2 biasa. Bukan jalan utama dan tidak banyak kereta. Kalo buat kat jalan yang banyak kereta, memang cari nahas laa...
Sebenar nyer aku pun tak tahu la apa yang diorang fikir kan masa diorang bawak kereta tuh. Tak takut ke kalo kereta kat belakang tak sempat nak brek? Ke memang jenis yang tak takut mati?

Kereta tahan lagi. Yang motorsikal pun buat benda yang sama. Yang ni mungkin dah hidup lama sangat kot. Tu yang tak sabar2 nak tempah tiket ke rahmatullah. Walaupun motor ni maen masuk tapi dia amek side tepi, aku tetap seriau setiap kali jumpa situasi yang macam ni. Yela. Tak terkejut ke tiba2 ada motor kuar simpang ngan laju nyer. Ntah sempat ke tidak dia pandang kiri kanan masa nak kuar simpang tuh.


[Kalo spesies ni yang bawak, takde sape bole marah kalo tak tengok kiri kanan
masa nak kuar simpang]


Kepada pemandu2 dan penunggang2 di luar sana, sila perlahankan kenderaan anda sebelum nak kuar simpang. Apa salah nyer slow kan kenderaan. Bukan nyer aku sruh berhenti pun. Slow kan je. Dah pastikan takde kereta, korang pecut la balik...


**********************************************************************************


Get the highest savings interest rate in town.

**********************************************************************************

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...