Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Saturday, October 15, 2011

Al-Hijab

Actually, aku quite disappointed ngan filem ni. Sebab filem ni tak sampai ke tahap expectation yang aku harapkan. Jadi, aku agak hampa di situ. Memang tak setanding langsung ngan filem Jangan Pandang Belakang. Tak kira la orang review seram ke tak seram. Tapi itu aku komen belakang2 sket la. Kita sembang pasal sinopsis citer ni dlu.




Citer ni mengisahkan Rafael (tapi watak2 dalam citer ni sebut Rafail, whattt????) yang menerima tawaran untuk melakonkan watak utama dalam sebuah citer seram. Since Rafael ni jenis yang payah nak takut dan tak percayakan hantu, dia payah nak dapat feel untuk seram.

Kemudian, dia dapat tahu pasal hijab. Kalo hijab di mata nyer boleh dibuka, dia dapat melihat makhluk alam ghaib dan berharap dia dapat feel "seram" tersebut. Kebetulan ada orang menghantar sms sruh dia pergi ke satu tempat ni yang bole membantu dia membuka hijab.

Then, apa lagi. Bila hijab dah dibuka, bole la dah nak tengok hantu. Macam la jalan citer dia. Aku tak nak citer abes. Nanti spoil lak korang2 yang nak tengok.




Tak dinafikan idea untuk membuat filem Al-Hijab ni memang bagus. Unik. Laen daripada filem genre seram yang laen. Tetapi... Idea bagus. Jalan citer pun not bad. Tapi tak seram. Filem yang genre seram kena la seram broo... Kalo tak seram, jangan letak genre seram okay.

Sebab apa aku kata aku kecewa dengan filem ni. Kalo korang google "review al-hijab", top 5 blog yang review filem ni mengatakan filem ni seram. A'ah, memang seram. Tapi 20 minit terakhir je la. Tapi aku bayar tiket untuk tengok filem 1 jam 30 minit (kalo tak salah aku la) wooo...


[Babak Qiss menjadi hantu adalah seram]


Kenapa aku kata filem ni tak setanding dengan Jangan Pandang Belakang? Well, filem Jangan Pandang Belakang yang aku just tengok kat laptop pun aku dah rasa seram. Ni kan filem yang aku tengok kat wayang, lengkap dengan sound system, boleh lak tak seram. So, you know what that means?

Dalam filem ni ada 2 bahagian je yang aku sker. Satu babak yang ada Ngasrizal Ngasri. Yang tu memang kelakar. Terbaekk... Satu lagi adalah babak hantu yang menyamar menjadi Qiss. Tapi ada satu scene yang paling kelakar dalam ni. Kalah scene Ngasrizal Ngasri.

Babak time kat kuarters lama tuh. Yang Pierre Andre terjatuh tu. Ada satu hantu ni serbu dia. Mata ngan mulut hantu tu diperbesarkan. Nak tergelak aku tengok. Kartun giler babak tuh... Ni nak takutkan orang ke nak buat orang ketawa?


[Hantu ni sebenar nyer dahaga air. Nak minum air dalam peti sejuk,
tapi tak bole nak bukak peti sejuk]


Sesetengah blog kasik 4 bintang ke atas out of 5. Tapi mungkin sebab taste aku tak sama ngan orang laen. Atau mungkin banyak sangat citer seram yang aku dah tengok. Aku kasik;


Rating:




2 so full of themselves :

nash said...

hahahah aku kasi 1.5 jer hahahahah hahahahah lg hahaha

aswadz said...

part last tu seram. up la sket jd 2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...