Thursday, October 27, 2011

Hotel di Kulim - Entri Susulan

Sebenar nyer dah lama aku notice, ramai gak yang membaca entri aku bertajuk Hotel di Kulim. Alhamdulillah. Moga2 korang dapat apa yang korang cari. Since skang ni dah bertambah satu lagi hotel baru kat Kulim ni, jadi aku rasa better aku buat entri susulan untuk mengemaskini entri yang sebelum nyer. Supaya tiada ajaran yang terpesong nanti.

Sebelum2 ni, cuma Kulim Inn je yang aku prefer. Dalam entri aku yang lepas, aku ada cakap yang aku tak pernah tinjau lagi suasana Kulim Inn ni. Tapi tahun ni, ada member aku pernah duduk dan aku pernah gi melawat dia. Even tunang aku pun pernah duduk situ. My opinion, agak ok gak la. Cuma inn tu nampak cam sunyi sket sebab tak ramai orang. Tapi safe kot sebab pintu dia ada lock. Tapi kalo korang jenis yang penakut?

Memang Kulim ni dah ada sebuah hotel iaitu Hotel Seri Malaysia. Tapi disebabkan rate yang mahal dan tak setimpal dengan condition bilik yang diberi, hotel ni aku reject awal2. Tapi kalo servis diorang dah improve, sila betulkan aku ye. Kang tak pasal2 bagi salah informasi.

Tapi baru2 ni, satu lagi hotel dibuka. Tune Hotel... Aku rasa hotel ni mesti dapat sambutan nyer la sebab hotel ni kan hotel budget. Murah. Cuma kalo tak silap aku, bilik yang dia bagi untuk basic cuma ada kipas. Kalo korang nak yang laen2, kena add-on. Means, rate bilik pun kena tambah. Kalo nak tahu lebih lanjut, sila klik SINI untuk ke page diorang.




Menarik nyer pasal lokasi Tune Hotel ni, ia terletak berdekatan dengan Kulim Landmark Centre. So kalo korang nak shopping ke, nak makan KFC atau Pizza ke, jalan kaki je. Seberang jalan je pun... Kalo nak McDonald, bole menapak gak. Tapi jauh ar sket.

Dengan ada nyer Tune Hotel, next time tunang aku datang, confirm aku sruh dia duduk sini. Takde la jauh aku nak ulang-alik amek dia kat Butterworth tuh.


***********************************************************************************


Be in the comfort of your own house while surfing



 **********************************************************************************

2 comments:

Dkna Abza said...

tune hotel mahal!...huhuuu...

aswadz said...

yeke? prnh tggl ek? hehehe... tp kat Kulim ni dah xde hotel laen dah yg reliable. terima aje la yg ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...