Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Friday, October 14, 2011

Treehouse yang Menarik

Masa kecik2 dlu, mesti korang ada angan2 nak tinggal kat rumah atas pokok. Lebih2 lagi kalo tengok citer kanak2 Walt Disney yang ada babak maen2 kat dalam treehouse. Mesti korang ada impian macam tu punyer lah. Eleh... Macam ar aku tak tau. Aku pun pernah jadi budak gak tahu.

Tetapi... Entri aku ni bukan nak citer pasal treehouse yang korang berangan nak jadikan tempat untuk bermain. Tu terlalu simple dan tak menarik bagi aku yang dah "dewasa" nih. Aku mesti la nak kongsikan treehouse yang lagi sempoi dan menarik, macam rumah btol. Bukan rumah untuk tempat bermain.

Zaman skang ni, dah ada macam2 jenis treehouse. Treehouse yang dijadikan ofis. Dijadikan hotel dan macam2 lagi la. Bukan sekadar tempat untuk bermain ye. Itu zaman kanak2 dlu.



Swiss Chalet

Swiss Chalet ni terletak di Washingston, dan bukan nyer Switzerland. Dibina pada tahun 2005 oleh Treehouse Workshop. Treehouse ini gak ada window seat yang bole di access menggunakan tangga.



Alnwick Garden Treehouse

Alnwick Garden Treehouse terletak di Northumberland, England dan merupakan salah satu treehouse yang terbesar di dunia. Kalo korang nak tahu, Alnwick Garden Treehouse ni merupakan sebuah restoran dan berkemungkinan besar merupakan treehouse restaurant yang terbesar di dunia. Perrghhh... Mesti best layan makan nasi putih plus tomyam campur sambil menikmati teh o ais laici. Tu pun kalo menu tu ada la. Hehehe...

Nama dan reka bentuk treehouse ini mirip Alnwick Castle, yang pernah dijadikan set pengambaraan untuk filem Harry Potter.



The Minister's Treehouse

Mempunyai ketinggian sebanyak 100 kaki dan terdapat 10 tingkat dan mempunyai keluasan antara 8,000 hingga 10,000 kaki persegi. Mungkin treehouse yang terbesar di dunia. Yang hebat nyer tentang treehouse ni, dia ada penthouse, gelanggang bola keranjang, gereja dan balkoni untuk VIP.

Since treehouse ni kat Crossville, Tennessee, aku anggap ia nyer selamat. Kalo kat Malaysia, mungkin aku akan fikir dua kali untuk tinggal kat dalam treehouse yang macam nih.



Treehouse Djuren


Ini bukan treehouse. Ini treepods. Direka oleh Baumraum, sebuah firma architecture moden di Jerman. Treehouse ni (kena nak guna term treepod ek) merupakan tempat untuk release stress bagi yang dewasa manakala merupakan tempat permainan bagi kanak2.



Robert Louis Stevenson Legacy House


Satu lagi tempat untuk mendapat ketenangan jiwa dan minda. Juga dihasilkan oleh Treehouse Workshop dan ia nyer terletak di California Utara. Terletak di tanah yang dahulu nyer dimiliki oleh Robert Louis Stevenson. Maka treehouse tersebut dinamakan atas nama beliau.


Haaaa... Amacam? Menarik tak treehouse2 yang kat atas nih. Menarik kan. Tapi kalo aku berpeluang untuk pegi salah satu treehouse ni, aku rasa aku akan pilih Alnwick Garden Treehouse. Sebab pe? Sebab situ je tempat yang bole jalan2 sambil makan skali. Perut aku pun dah lapar ni.

"Waiter... One nasi putih, one tomyam campur and teh o ais laici. Got it?"


**********************************************************************************

Check out Erra Fazira and Elaine Daly acting with an American actor in this new movie!


**********************************************************************************

0 so full of themselves :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...