Friday, October 7, 2011

Bini-Biniku Gangster

Lu langsi, wa kahwin lagi.




Bini-Biniku Gangster: Lu langsi, wa kahwin lagi. Tapi dalam muvi tu aku tak pernah dengar lak mana2 watak sebut "Lu langsi, wa kahwin lagi". Mungkin ayat tu sekadar nak promote tajuk muvi je kot. Tak pun sebagai penyedap ayat je.

Citer ni mengisahkan Herry (Shaheizy Sam) yang berkahwin dengan Manja (Yana Samsudin) tanpa mengetahui yang Manja sebenar nyer seorang gangster. Kat rumah, Manja memang nampak macam seorang surirumah yang baek, rajin dan manja (hehehe). Tapi bila kumpulan dia memerlukan dia, dia akan keluar membantu ahli kumpulan dia memandangkan dia memegang pangkat Kak Yong dalam kumpulan gangster.

Dalam manja2 si Manja, dia tak boleh mengandung. Sebab sayang sangat kat Herry yang perangai ala2 watak Arman dalam Sekali Lagi, dia pun mencari calon isteri untuk Herry. Kebetulan pada masa tuh Reanna (Intan Ladyana) yang baru masuk bertugas sebagai setiausaha Herry. Disunting nyer Reanna untuk menjadi isteri kedua Herry.




Tapi kekacauan dalam rumah tangga Herry bermula apabila Manja mendapat tahu yang Reanna juga merupakan seorang ahli gangster. And top of that, musuh kumpulan Manja dan mempunyai agenda tertentu mengahwini Herry.

Bila sekali imbas, nampak macam Bini-Biniku Gangster ni meniru idea daripada muvi franchise My Wife is a Gangster. Tapi biasa la. Orang Malaysia kan pakar bab2 meniru orang laen nih. No. 2 di belakang China. Tapi tak salah sekadar mencedok idea. Bukan tiru seketul2 citer tuh. So, bagi aku takde masalah kot.




Komen aku pasal citer ni adalah... Average. Okay, mungkin up sket berbanding average. Sebab pe aku cakap average je? Tak dinafikan aku sker babak2 klakar dalam citer ni. Tapi jalan citer dia terlalu ringan dan bila fikir2 balik, macam tak logik je jalan citer dia. Tapi bukan keseluruhan jalan citer aku cakap tak logik. Tapi ada certain2 part yang aku rasa tak logik. Especially ending dia. Kecewa lak aku rasa bila tengok ending gitu.

Anyway, aku sker watak Yana Samsudin dalam muvi ni. Aku rasa dia sweet je dalam citer nih. Shaheizy Sam lak, aku rasa watak dia ni macam tiru aku pun ada. Bukan aku cakap la, Cik Vanilla yang cakap. Hehehe... Lakonan yang laen tu, aku rasa biasa2 je kot. No komen.






Rating:




4 comments:

Anonymous said...

suka manja eh...cis2 (ida)

aswadz said...

hehehe... nape komen guna anonymous?

dariilhamkehati said...

hehehe , suke yana , part lawan2 tuh , yana nampak real kowt kalaw nak banding ngn ladyana ~

aswadz said...

aku suspek yg dia ni jenis lasak sket. so mgkn dia lawan btol2 kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...