Friday, October 21, 2011

Angin Cuti Sudah Datang

Gaji dah masuk. Maklum la. Deepavali minggu depan. So gaji masuk awal la sket. Tapiiii.... Non ado nyer aku nak sentuh duit gaji yang baru masuk nih. Kalo sentuh, jawab nyer makan biskut Jacobs cicah teh o je la tiap2 malam.

Sebab pe aku kata angin cuti dah sampai? Macam aku cakap tadi, Deepavali minggu depan, atau lebih tepat lagi, Rabu depan. Since cuti tahunan aku ada beberapa hari lagi yang patut aku habis kan sebelum kontrak aku tamat, why not aku amek cuti hari Khamis kan. Dapat cuti 4 hari. Wuuhuuu...

Kemudian, kita sambut Raya Haji lak. Again, aku dapat 4 hari cuti. Haaa... Kan banyak aku cuti... Bole tdo banyak2. Hehehe...

Alang2 dah terlajak citer pasal Deepavali, mari kita bersembang pasal Deepavali. Memandangkan kawasan yang aku duduk di majoriti nyer kaum India (tapi deret rumah aku kebanyakan nyer Melayu), so paham2 je la bila time waktu perayaan diorang. Sama je la macam kita bila sambut Hari Raya, ye dok?

Alangkan minggu depan diorang nak raya, minggu lepas dah maen mercun. Menjelang Deepavali? Sah2 la telinga aku bakal disumbatkan dengan dentuman mercun yang memecah keheningan malam. Haaa... Kan dah terkeluar ayat puitis aku. Tapi apa yang aku citer ni memang based on true story la daripada experience tahun lepas.

Tapi setakat bunyi mercun, apa ade hal. Bunyi senapang gajah meletup bertalu2 pun aku boleh relax bantai tdo. Kalo tak dapat tdo, maki je sampai tertdo. Bukan susah pun. Bunyi mercun, tarak hal. Sebab bukan berbunyi memanjang tanpa henti. Tapi apa yang aku tak tahan, adalah bila diorang pasang muzik kuat2. Oooowhhhh... Pokak telinga eden mendongar nyer.

Jadi, cuti 4 hari next week, apa lagi. Selasa malam tu jugak aku cabut balik Kuala Kangsar. Lari daripada hingar-bingar suasana perayaan sekejap.

Apa pun, kepada sesapa beragama Hindu, jangan terasa hati lak ngan entri aku ni. Just sharing my thought and personal experience. Dan aku tak nak wish Deepavali skang. Too early. But still, aku nak share satu iklan sempena Deepavali. Macam biasa, kalo tiba musim perayaan, Petronas confirm akan kuar satu iklan. Itu benda WAJIB bagi diorang.

Tajuk iklan diorang sempena Deepavali 2011 adalah Pursuit of Perfection.




The journey to creating a better life begins within us.
It's the passion and determination to pursue something worthwhile.
It's the dedication and effort to toil through challenges in our lives that ultimately makes our lives better.
This commercial embodies that spirit of hardships and work that we put into providing for our loved ones.
It's the mutual feeling of togetherness and the unbreakable human spirit that drives us to do our best.
This is the light within all of us.
May that light continue to burn bright.
Happy Deepavali.

Untuk tengok iklan, klik SINI.


Ayat English yang panjang2 tu, kalo tak paham, korang bukak Google. Korang taip "google translator". Korang copy-paste ayat tu and pilih la mana2 bahasa yang korang paham. Pastu pandai2 ar korang tekan butang translate.


UPDATED:

Bukan setakat Petronas je yang ada something to show sempena Deepavali minggu depan. Maybank tu tak terkecuali dengan mengeluarkan game di Facebook. Kalo korang nak tahu game tu pasal pe, korang klik kat SINI. To be truth, aku pun tak bukak lagi link ni, tengok game tu macam mana. Hehehe...


***********************************************************************************

Apakah peringkat umur yang paling penting dalam perkembangan mental anak anda?


***********************************************************************************

2 comments:

mohd nasha ain said...

bowling jom

aswadz said...

tiba2 lak komen something yang xde kena mengena dengan entri... haishh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...