Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Saturday, October 8, 2011

Pemandu, Kereta dan Tabiat #8

Tajuk: Speed yang Membahayakan Nyawa


Agak lama jugak aku tak buat entri pasal "Pemandu, Kereta dan Tabiat". Kali ni aku keluarkan edisi yang ke-8 pulak. Tengok tajuk pun aku rasa korang dah bole agak speed yang macam mana yang membahayakan. Bukan setakat merbahayakan nyawa sendiri. Ngan nyawa orang2 sekeliling pun diorang ni bahayakan sekali. Tapi kebanyakan korang tentu fikirkan speed yang "satu" ni je. Okay2. Slow2 kita bincangkan topik ini ek.

Speed yang "satu" ni yang aku pasti terlintas kat kepala korang masa mula2 baca tajuk tadi adalah "kelajuan yang laju". Okay, rasa macam ridiculous lak sebut "kelajuan yang laju". Tukar term. Laju sangat atau sangat laju. Keadaan yang menggambarkan situasi "sangat laju" adalah umpama membawa 110 km/jam di hadapan sekolah atau di kawasan bandar yang sesak dengan kenderaan.




Memandu dengan kelajuan yang tinggi sememang nyer membahayakan diri sendiri dan juga orang laen. Sebab tu sumer jalan ada speed limit masing2. Kalo kat highway, 110 km/jam. Depan sekolah 30 km/jam. Tapi kebiasaan nyer dalam lingkungan 60 - 90 km/jam. Kalo nak bawak laju sket takpe kot, asalkan jalan lengang dan takde orang. At least kalo accident, korang sendiri2 je. Tak melibatkan orang. Sape sruh bawak laju2.

Tapi ada lagi satu kelajuan yang juga boleh membahayakan nyawa orang laen. Kelajuan yang sangat tak laju. Tukar term. Slow. Slow sangat atau sangat slow. Kenapa aku kata orang yang bawak slow sesangat ni boleh membahayakan. Sebab diorang yang membawa slow sangat ni boleh mengundang situasi yang bahaya.


 

Sebagai contoh;


1. Situasi berlaku di jalan raya dengan speed limit 90 km/jam. Kereta yang sedang dipandu 90 km/jam tiba2 "terserempak" ngan kereta yang dipandu 20 km/jam di hadapan. Kalo tak sempat brek? Kalo brek tak makan? Tepat skali. Kebaboomm...

2. Situasi yang slalu berlaku kat jalan kampung. Jalan banyak selekoh. Kereta di hadapan skali bawak 20 km/jam. Slow mengalahkan lori. Kereta kat belakang dah berjela2. Kereta di belakang dah mula panas hati. Dia cuba memotong. Selekoh pun selekoh la. Nampak tak korang, situasi ni bakal menjadi situasi yang merbahaya.


Tu satu hal la kan. Kalo kereta tu memang kereta lama atau dah buruk, boleh paham gak la kenapa dia bawak slow. Tapi yang kereta baru pun bawak slow, apa kes agak2? Tu belum yang bawak kereta yang touch-up ala2 kereta lumba, tapi alih2 bawak 20-30 km/jam je.

Tapi aku slalu berfikiran positif bila jumpa kereta "lumba" yang slow. Aku mesti berfikir, ni mesti bapak@mak nyer yang bawak kereta anak dia.




**********************************************************************************
Get a car to drive and RM5,000 for you to spend on your trip.

**********************************************************************************

0 so full of themselves :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...