Sunday, July 31, 2011

Kota Purba #3 - Derinkuyu Underground City

Derinkuyu? Kuyu ke bandar ni? Ngahahaha...

Kota purba ke-3 nih terletak di Cappadocia, wilayah Nevsehir, Turki dan berkemungkinan dihuni oleh orang Phrygians. Dijangkakan bahawa orang Phrygians mendiami kota Derinkuyu sekitar abad ke-8 sebelum Masehi hingga abad ke-10 Masehi.

Unik nyer kota Derinkuyu ni adalah ia merupakan kota purba bawah tanah yang bertingkat. Kalo nak ikut sumber yang aku rujuk ni, ada yang mengatakan sampai 8 tingkat, 10 tingkat ngan 11 tingkat. Based on wikipedia, Derinkuyu Underground City ada 11 tingkat sumer dan kedalaman nyer mencecah 85 meter.




Kalo korang nak tahu, kawasan Cappadocia mempunyai banyak rangkaian bandar bawah tanah. Kota Derinkuyu merupakan salah satu bandar bawah tanah tersebut. In fact, kota Derinkuyu merupakan bandar bawah tanah yang terbesar dan terdalam di situ.

Kota Derinkuyu ni bole menempatkan 35,000 hingga 50,000 orang. Terdapat kandang, bilik bawah tanah, stor dan pelbagai bilik lagi yang terdapat dalam bandar bawah tanah Derinkuyu ni.










And you know what. Pintu untuk setiap bilik dalam kota Derinkuyu ni diperbuat daripada batu. Nak tau macam mana rupa pintu tuh? Macam ni haaa...


[Perghhh... Berat wooo...]


Sumber: Wikipedia, Cappadociaturkey.net, Yahoo! Travel


**********************************************************************************



How Thai wives handle their husband when there's so many hot women around?

**********************************************************************************

3 comments:

vanilla said...

oooooooooooo

stuck said...

selamat berpuasa!!! =D

aswadz said...

selamat berpuasa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...