Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Tuesday, July 19, 2011

Harry Potter and the Deathly Hallow II

Avada Kedavra, expecto patronum, expelliarmus, incendio, lumos dan wingardium leviosa. Antara spell incatation yang popular dalam citer Harry Potter nih. Mana yang fanatik tuh, aku rasa diorang hafal kot spell2 nih. Even hafal spell yang laen gak.

Ari Ahad lepas, aku ngan dua member aku pi tengok filem Harry Potter and the Deathly Hallow part 2. Tapi since aku agak busy dan juga malas nak update blog, jadi aku simpan dlu niat aku untuk tulis review pasal muvi nih. Minggu lepas aku ada buat gak entri pasal Harry Potter. Kalo nak baca, bole klik kat SINI.

Kat kat Jusco Perda jek. Sebelum tuh melantak kat Kapitan yang pada masa tuh agak lambat menghantar oder kami. Aku siap topup ais skali sebab ais dah abes cair. Nyaris nak tambah topup ais kali ke-2. Naseb baek time tuh dia dah nak hantar makanan.

Cik awek daripada ari tuh lagi ajak makan kat Kapitan area Queensbay dlu. Tapi jenuh pusing2 tak jumpa gak. Ni dah dapat tau kat Perda ada satu. Senang citer aku bawak makan kat sini jek. Kan senang... Okay2. Dah melalut pasal makan lak nih.

Hmmm... Macam mana nak start ek pasal movie Harry Potter nih. Actually aku follow sumer filem Harry Potter. Tapi kebanyakan nyer bukan aku tengok kat wayang. In fact, yang last ni je la yang aku tengok kat wayang. Hehehe... Sebab tu yang last ni kasik special treatment sket, tengok kat wayang. Sebab ni yang last.




Citer Harry Potter kali ni aku rate sebagai BOLE TAHAN la. Sebab apa aku kata bole tahan? Well, jalan citer dia pada permulaan agak slow sket tempo dia. Silap haribulan korang bole tertdo jawab nyer. Aku ngan member2 aku saling membuat lawak bodo untuk hilangkan bosan. Hehehe... Kira nyer tak bape nak fokus gak la mula2 tuh.

Naseb baek lepas tuh tempo dia kasik "up" sket. Tapi overall jalan citer dia, aku sker jek. Hehehe... Tapi ada gak yang aku dengar, diorang tak bape sker jalan citer Harry Potter yang last nih. Especially yang pernah baca buku J. K. Rowling nih.

Apa yang aku rasa paling awesome dalam Harry Potter kali ni adalah babak di mana Hogwarts kena serang dengan pasukan Voldemort. Ni memang best la. Paling smart adalah masa pertarungan one-on-one Harry Potter ngan Voldemort (ni masa nak ending dah). Berlawan umpama berlawan pedang sambil mengeluarkan magik yang umpama bunga api terpercik.




Aku tak yah nak citer kot jalan citer dia macam mana. Aku tahu korang lagi arif kot daripada aku. Lagi pun, ni kan part 2. Sambungan daripada part 1. Korang confirm dah bole agak dah yang part 2 ni nak citer pasal pe. Apa pun, sebelum korang layan muvi ni kat panggung, meh layan trailer dia dlu.




Apa pun, filem Harry Potter and the Secret Chamber adalah yang terbaek skali dan yang paling aku minat. Hehehe... Tak tau pasal pe. Tapi rasa macam syok je tengok. Mungkin aku agak minat pasal ancient creature aka mitos kot. Since basilisk tu kan haiwan mitos.

So, aku rasa Harry Potter and the Deathly Hallow ni adalah just nice untuk ending Harry Potter nih. At least dia menjawab persoalan2 yang mungkin bermaen di fikiran anda. Itu pun kalo ada la. Aku tak pernah fikir pun bab persoalan2 nih. Kalo ada pun, bab Snape tu jahat ke tak. Tu pun dah terjawab lama dah...

Jadi, review kali ni, aku kasik;




Walaupun aku kasik 3 bintang jek, tapi member aku sker giler ngan citer ni. Abes je citer nih, dia mengacukan straw pepsi dia kat aku sampai memercik2 sisa air tu kat muka aku sambil berkata "Avada kedavra". Dia kata dia teruja ngan "elder wand" atau bahasa melayu dia, tongkat sulung yang Voldemort guna lawan ngan Harry Potter.



Tapi dia tak tau yang dia sebenar nyer giler.


2 so full of themselves :

vanilla said...

klaka la member anda..hahahah

aswadz said...

group kami mmg byk org2 klakar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...