Tuesday, July 12, 2011

10 perkara yang bole kita belajar daripada filem Harry Potter

Seperti yang kebanyakan kita dah tahu, siri terakhir dalam franchise Harry Potter bakal ditayangkan di pawagam Khamis nih. Sudah 14 tahun berlalu sejak buku Harry Potter yang dikarang oleh J. K. Rowling dan lebih kurang 10 tahun sejak movie pertama Harry Potter and the Sorcerer Stone kuar. Daripada pelakon nyer kecik sampai la dah remaja.



Sempena dengan movie terakhir Harry Potter iaitu Harry Potter and the Death Hallow part II, apa kata kita go through 10 perkara yang kita bole pelajari daripada filem/ buku Harry Potter nih.


1. Baek dengan budak yang kurang popular

Kalo korang perasan, diorang2 yang tak popular ni la yang selalu tolong Harry Potter dan Dumbledore. Bole dikatakan golongan ni adalah "the best allies that you can get". Sebab pe? Sebab diorang tak popular. So diorang tak mementingkan diri sendiri.

Tak seperti golongan yang popular yang cenderung untuk menjadi seorang yang mementingkan diri. Selagi dia rasa takde kepentingan atau advantage untuk dia tolong korang, dia tak kan tolong.


 [Luna Lovegood]


Sebagai contoh yang aku bole bagi kat sini, Luna Lovegood bersedia untuk join Dumbledore Army untuk menentang pihak musuh. Neville Longbottom. Walaupun budak ni terkenal dengan kekalutan dia, dia mempunyai inisiatif untuk membantu memulihkan anggota Dumbledore Army dengan bantuan Luna dan Ginny Weasley.

Oleh itu, berbuat baek ler ngan budak yang kurang popular. Maka diorang akan menjadi rakan baek korang yang sedia membantu korang ketika korang susah.


2. Tak salah menjadi student kegemaran cikgu

Macam yang kita tahu, Harry Potter merupakan pelajar kegemaran Dumbledore. Sebab itu ada pelajar yang dengki dengan Harry dan sometimes ada yang sampai nak menyusahkan dia. Walaupun menjadi student kegemaran Dumbledore, Harry tak pernah lak amek advantage tersebut untuk buat sesuka hati mak bapak tiri belah nenek dia.

As a result, Dumbledore selalu membantu Harry, menjaga dia umpama Harry Potter tu anak dia sendiri. Dan even dapat ilmu dan gadget seperti invinsibility cloak.


3. Kalo korang invisible, sumer kesalahan menjadi tak salah

Tak salah curi masuk dalam ofis guru, curik masuk dalam tandas private, mengintip orang. Tak salah... Yela. Sape yang tau korang ada masa tuh kan. So, sape yang nak cakap korang bersalah?


4. Guna buku 2nd hand

Menggunakan buku 2nd hand bukan saje bole jimat duit. Tapi korang gak bole share the same feeling dengan pemilik asal buku tersebut. Korang juga mungkin akan terjumpa rahsia dalam tersembunyi dalam buku 2nd hand tersebut, yang mungkin juga akan membawa korang ke alam pengembaraan yang tak pernah korang terfikir dalam kepala otak korang.


5. Coklat ubat segala penyakit

Slalu nyer kalo awek tengah frust menonggeng-tertonggeng-kau-memang-kena-bom, kebanyakan nyer akan makan coklat untuk mengatasi masalah depression yang diorang alami.

Kalo dalam filem Harry Potter lak, coklat bukan setakat makanan untuk mengatasi depression, malah bole mengatasi chilling, cold effect (sahaja tak translate, sat lagi korang tak paham lak) yang dikenakan oleh Dementors terhadap mangsa2 nyer.


6. Stokin itu penting

Penting sebagai salah satu pakaian dalam kehidupan. Stokin bukan setakat memanaskan kaki korang masa tengah sejuk. Malah memberikan kebebasan kepada Dobby, elf yang menjadi hamba kepada keluarga Malfoy. Dobby yang slalu membantu Harry Potter dalam keadaan susah.


 [Ingat lah yang stokin itu penting]



7. Tak perlu mempunyai pertalian darah untuk dianggap sebagai "keluarga"

Even saudara Harry yang mempunyai pertalian darah dengan dia pun, kurung dia dalam bilik bawah tangga. Walaupun rakan2 Harry tak mempunyai talian darah ngan dia, tapi diorang sanggup menghadapi cabaran bersama2. Berjuang bersama2, melanggar peraturan demi korang, dan sanggup gi camping sama2 korang semata2 nak cari serpihan yang mengandungi roh jahat kepunyaan ahli sihir terkenal.


8. Tak salah ngan ngorat adik kawan korang

Ron relax je Harry Potter ngorat adik dia. Apa ada hal?


 [Ginny Weasley ngan Harry Potter]


9. Pilihan yang korang buat yang menentukan korang tu sape

Yes. Pilihan yang korang buat yang menentukan kehidupan korang. Bukan sebab kebolehan korang. Ini adalah salah satu kata2 daripada Dumbledore terhadap Harry Potter semasa kat Hogwarts. Jadi, kalo korang gagal dalam melakukan sesuatu, korang cakap la, "Sebenar nyer aku yang nak gagal dalam benda nih,".


10. Wartawan memang sker buat citer

Rita Skeeter merupakan wartawan yang terkenal sikap nyer yang sker mensensasikan sesuatu citer yang dia tulis. Dan kadang2 mereka-reka citer untuk menghangatkan lagi keadaan. Jadi, tak semesti nyer apa yang korang baca kat surat khabar adalah betul.


***********************************************************************************
Autographed Jerseys from your favorite Chelsea & Arsenal Players, who wants?



***********************************************************************************

4 comments:

Pyka Rahmat said...

makan coklat banyak boleh gemuk en?

shahira :) said...

hahaha, pun bolehhh....pape pun, tak saba gilaaa nak tggu yg last ni kuarrr... ngeh3

mohd nasha ain said...

isk..yg ko tk gtau..ade lg..byk element2 masonic di serapkan dlm citer nie...dh ckp byk tk gune ahad ni kire on ....

aswadz said...

@pyka: mkn sket2 je...

@shahira: sbb tu yg last ni adalah WAJIB tgk...

@nasha: aku on je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...