Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya 1 Singa-Pura-Pura 1

 [Sebelum perlawanan bermula]


# Entri ini dibuat sempena dengan kegagalan Malaysia untuk layak ke pusingan ke-3 kelayakan World Cup 2014. Juga atas permintaan saudara Nash Maurinho yang diutarakan beliau dalam ruangan komen untuk entri Letusan Gunung Berapi di Chile Jun 2011. Kalah pun aku review gak..


.


Perlawanan 2nd leg yang berkesudahan 1-1, Malaysia tersingkir daripada pusingan 2 kelayakan World Cup 2014 Brazil. Kalah dengan agregat 4-6. Salah siapa?

Mesti ramai yang akan jawab "salah pemain Singapura yang pandai berlakon. kena sentuh sket, bergolek 14 kali". Tapi, come on la. Kita tak leh la nak blame pasukan lawan sebab kekalahan kita. Walaupun aku berbulu gak ngan mamat gawang Singapura yang pegang2 kepala (masa game lagi sket nak abes) tapi mulut senyum2 sengih2 lak. Bajet nak berlakon sakit la tuh. Kena kad kuning, buat muka tak puas hati.

Muka mintak penampar...

Bila aku tengok je cara Malaysia maen, aku dah boleh agak dah kekecewaan yang akan datang menjemput. Melibas sumer harapan ultra malaya, umpama double-libasan aka double bicycle kick pemain Harimau Malaya pada babak2 akhir perlawanan. Cuma ironi nyer, libasan kekecewaan itu tepat mengenai penyokong Malaysia, manakala libasan berganda pemaen Malaysia tidak mengenai bola.

Libasan berganda atau miss berganda? Korang dah tengok, korang bole judge sendiri. Term libasan berganda, bunyik cam gempak. Tapi miss berganda? LAME...


 [Mungkin nak tiru style Rooney, tapi tak jadi]


Fakri Saarani? 2 yellow card dalam masa 20 minit bermaen? Kalo red card tak wujud dalam permainan bola sepak manakala Fakri Saarani bermain 90 minit, mungkin dia dah kutip 9 yellow card kot. Apa pun, Fakri harus di Saaran-kan untuk improve permainan dia. Sebab 1st dan 2nd game (hari ni) langsung takde impak yang dia kasik.

Eh, sori. Ada impak. Iye. Ada. Kad merah...

Apa pun, Malaysia takde la maen teruk mana pun. Cuma barisan serangan agak tumpul berbanding sebelum nih. Keeper pun ok je. Save beberapa percubaan berbahaya. Cuma masalah di barisan pertahanan. Asyik bocor je. Taktikal apa Rajagopal guna nih. Asyik kosong je kat bahagian pertahanan. Cuba maen offside trap ke? Tak menjadik pun...

Mungkin Rajagopal syok kot tengah kunyah doublemint gum sampai tak perasan yang barisan pertahanan kita lompong. Mudah kena serang.

Secara overall, aku rasa aku sker lagi Malaysia maen short pass daripada maen long ball. Alangkan tahan bola leret pun dah bersepah. Ini kan nak control bola tinggi...

Last skali aku nak komen. Ada wajar nyer Aidil Zafuan mula memikirkan untuk bersara daripada kancah bola sepak. Asal maen je, injured. Pulih. Maen balik. Injured lagi. Sampai bila?


 [Masalah betul budak ni]


Mungkin kena minum air 100 plus banyak2 kot untuk pulihkan kecergasan beliau. Hahahaha... (Apa yang aku merepek nih)

Tapi fenomena sukan bola sepak kita yang aku perasan la kan, tatkala kita menghamburkan pujian demi pujian kat pasukan kebangsaan, tatkala kita memberikan harapan yang menggunung kat pasukan kebangsaan kita, tatkala itu juga la mereka menghampakan kita...

Korang perasan tak fenomena ni? Ke aku sorang je?

Konklusi perlawanan sebagai penutup entri?


Harimau me-layu dibaham Singa yang pandai berpura-pura.


[Selepas perlawanan]


**********************************************************************************
Discover how Proton Saga FLX's past and present, merged into one.


**********************************************************************************

8 comments:

vanilla said...

xbest pon tgk semlm.uhuhuh

vanilla said...

xbest pon tgk semlm.uhuhuh

Cik tikah said...

take time untuk malaysia melangkah ke world cup. hehe...

aswadz said...

@vanilla: x best sgt compare masa lwn kat singapura ari tuh.

@cik tikah: mungkin 2024 nnt.

cik azeya said...

haha. gelak aku bace.. walaupun aku tak tengok bola langsung, tapi, kemembaraan di hati terasa juge. dasar singa berpura2 betul. grr

aswadz said...

@azeya: tu la pasal. good acting diorang nih. bole menang award woo...

mohd nasha ain said...

Sorilah aku lmbt update entry ko hahah...tang ultra tu nanti ko tukar lah eh tambah s... nanti takot ade geng2 hidup mati ku malaysia bace terase, ko sebut name aku lak..nanti diorg perli aku haha....tapi rata-rata btollah singapore belakon, berpura2,bercengkarama,bermadah di tasik layu madu biru or ber2 yg laen lh...tapi tu taktik sbanrnye..kalu tgk mase mas lwn taiwan pon, malaysia maen cmtue gak...bg aku, yg tak puas hati satu je knplah fakri shahrani tu raja bela lg( walaupon die asal kelantan, aku tk bias k)..satu lg ismail faruki. aku pon tk pahm..dah sah2 tgk die tk perform(yg ni mmg aku bias, sbb kelantan kalah ngn ganu aritue (haha)....pape pon nanti ko wt lh byk lg entri sukan..entri yg ramai perenang kita dh layak olimpik ke..lee cong wei tgh lawan kt kejohanan dunie ke hehehe

aswadz said...

aku wat ulasan kalo aku tgk je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...