Saturday, July 16, 2011

Korean Drama - Secret Garden

Setelah lama tak melayan citer Korea semenjak My Princess, baru semalam aku berjaya mengabeskan satu drama lagi yang bertajuk Secret Garden.




Citer ni mengisahkan Kim Joo Won (lakonan Hyun Bin) yang merupakan seorang CEO yang ego dan perfectionist. Atas sebab2 yang tidak disengajakan, dia bertemu dengan seorang stuntwoman bernama Gil Ra Im (Ha Ji Won) sebab salah anggap dia nih Park Chae Rin (sila tengok drama ini untuk paham apa yang aku cakap).

Lama kelamaan, Joo Won ni mula tertarik pada Ra Im. Tapi since Ra Im ni seorang yang miskin (takde la miskin sangat pun), dia cuba mendekatkan diri dengan Ra Im dan pada masa yang sama, cuba menjauhkan diri dengan nyer. Kira Joo Won ada konflik dalaman gak ar. Hehehe...

Ada satu bahagian tu, roh diorang tertukar antara satu sama laen lepas satu kejadian yang aku sengaja tak nak citer kat sini. Joo Won dalam badan Ra Im dan Ra Im dalam badan Joo Won. Kira nyer lepas kejadian ni yang menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih rapat antara diorang berdua.




But don't worry. Macam citer2 yang laen, last2 diorang kembali normal. Hehehe... Tapi bila aku tengok bahagian body-switching ni, aku ingatkan citer tu end kat situ je, macam sesetengah citer. Rupa nyer panjang lagi citer dia. Sebab tu aku kata kejadian tuh cuma pemangkin kepada hubungan diorang je. Sebab banyak lagi perkara yang lebih menarik lepas tuh.

Nak tau? Korang kena la layan sendiri citer ni ek. Hehehe...


[Barisan pelakon Secret Garden]


Jadi, apa yang menarik nyer pasal citer Secret Garden? Well, macam citer2 Korea yang laen, citer ni turut menyajikan sebuah jalan citer yang romantik. Yang pasti nyer, part2 akhir citer ni adalah romantik tak hengat. Lagi2 part watak utama lelaki cuba berkorban untuk awek dia tuh. Mungkin ada antara korang yang akan mengalir air mata kalo tengok babak nih.

Another thing yang agak laen daripada yang laen, citer ni tak wujud pihak ke-3 yang mengganggu hubungan percintaan diorang. Walaupun pada mula nyer macam ada je, tapi rupa2 nyer bukan. Hehehe...

Best nyer pasal citer ni bukan sahaja terletak pada jalan citer diorang. Malahan OST Secret Garden ni sumer menarik2 dan sesuai dengan setiap babak lagu ni dimaenkan. Terbaek ar.


[Lagu That Man yang dinyanyikan sendiri oleh watak utama, iaitu Hyun Bin]


Lagu yang aku paling minat skali dalam citer ni adalah You Are My Spring. Ni kalo aku nyanyikan untuk awek aku nih, mesti dia cair. Harap2 la. Hik3...

Antara lagu2 laen yang sedap gak;



Rating? Aku kasik;




7 comments:

vanilla said...

watak joo won best!

aswadz said...

acting dia bagus. nmpk keegoan dia. real.

vanilla said...

dia mmg terel belakon..hehehe

armando_et said...

sgt suka cite ni... buat sy gelak sorg2 time layan cite ni.. hahhaa... minat kat ha ji won(gil ra im) senyuman dia sgt manis...huhuhu

aswadz said...

@vanilla: 1st time tgk dia berlakon. hehehe...

@armando: sy sker lg kim tae hee...

Anonymous said...

amboi..secret garden! ngeh3. try la tngok city hunter. best gilaaa :D

aswadz said...

citer penyiasatan ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...