Sunday, July 3, 2011

Jambatan Jiaozhou Bay di China

Baru2 ni China telah membuka jambatan merentas laut yang terpanjang di dunia (untuk masa kini, masa hadapan belum tentu lagi) untuk laluan umum. Untuk pengetahuan korang sumer, panjang jambatan ni adalah 42 km, which is 4 km lebih panjang berbanding dengan jambatan di Lake Ponchartrain Causeway, Louisaana yang merupakan the previous record holder.


[Siap ada kabus lagi. Dah macam jambatan atas awan je aku tengok]


Jambatan ni menghubungkan bandar Qingdao dengan pulau Huangdao dan menelan belanja sebanyak RM 4.7 billion. Dan mengikut satu sumber nih, jambatan ni disokong oleh 5000 buah tiang dan mengambil masa 4 tahun untuk disiapkan.




Bila tengok balik, panjang gak jambatan ni ek. Dah lebih kurang jarak Kulim - Butterworth je kalo ikut Lebuhraya BKE. Sedangkan Jambatan Pulau Pinang yang 13.5 km (8.4 km merentasi laut) pun dah rasa cam bosan je aku lalui. Apatah lagi kalo jambatan tu 4 kali ganda panjang... Melaenkan scenery dia menarik... Baru la tak bosan.

Agak2 Malaysia ada nak wat jambatan daripada Johor ke Sarawak tak?


Sumber:


**********************************************************************************

Join me and other Churp Churp community members in the #Churp2race! Let's see who'll win the iPad 2, the Canon S95 or the HTC Desire! *pulls up sleeve



********************************************************************************** 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...