Sunday, September 8, 2013

Percutian di Langkawi

Seperti yang aku pernah citer dalam entri yang INI, hari tu aku pergi bercuti kat Langkawi. Cuma baru sekarang nak update. Konon2 busy malas nak update. Hahaha... Sepanjang aku ngan wife aku berada kat Langkawi, kitorang duduk kat Bella Vista, Langkawi. Dekat je ngan area Pantai Chenang.


bella vista hotel, hotel di langkawi, langkawi


Harga masa kitorang beli kat Groupon, dalam RM 200++ je. Tapi yang ni bukan Bella Vista Resort yang kat Pekan Kuah tu tau. Yang tu mahal lagi. Masa tu kitorang pun ingat yang resort tuh. So agak sedikit kecewa bila dapat tau bukan. Rupa nyer Bella Vista yang ni agak baru gak. Patut la tak pernah tau. Lepas ni ingat. Bella Vista ada 2. Satu hotel. Satu resort.


dataran lang, kuah, langkawi
[Datarang Lang, tempat wajib lawat masa kat Langkawi]


Sampai2 tu, memang petang dah. So check-in hotel. Lepak2 je la sampai malam kan. Esok nyer ingatkan nak pergi naek Cable Car. Tapi diorang tutup untuk maintenance lak. Kecewa wife aku sebab dia teringin sangat nak naek. Dah la main reason nak pergi Langkawi. Laen kali nak pergi kena check website diorang dlu. Tak pun pergi time cuti sekolah. Confirm tak tutup nyer Cable Car nih.

Sebab masa tu awal pagi lagi, dan kebanyakan tempat sunyi je sebab takde tourist lagi (pergi time bukan cuti sekolah), kitorang pun bercadang lepak kat tepi pantai. Best gak lepak kat tepi pantai pagi2. Sejuk je. Nak tau kitorang ke mana? Ke Tanjung Rhu... Kat sini tak sesak sangat macam kat Pantai Chenang.


tanjung rhu, langkawi
[Jangan tanya. Aku sendiri tak paham apa yang aku cuba nak buat]


Antara tempat2 menarik yang korang bole lawati di Langkawi adalah Galeria Perdana dan juga Makam Mahsuri. Kat Galeria Perdana, macam2 benda yang antik dan tak berapa nak antik korang bole tengok. Antara nyer...


galeria perdana, langkawi
[Kereta F1 saiz sebenar pun ada]


galeria perdana, langkawi
[Replika bahtera purba kat luar Galeria Perdana]


galeria perdana, langkawi
[Ini mungkin gambar candid]


Kalo pergi ke Langkawi tapi tak singgah kat Makam Mahsuri umpama korang buang air tapi tak cuci melaenkan korang dah pergi Langkawi 24 kali. Tak lengkap percutian korang kalo tak singgah. Dalam Makam Mahsuri ni of course la ada kubur Mahsuri. Dan juga muzium beserta diorama berkenaan dengan kisah Mahsuri. Antara tempat bersejarah yang wajib singgah.


makam mahsuri, tempat bersejarah di langkawi, langkawi


Kalo Tanjung Rhu sempat singgah, tak kan Pantai Chenang tak singgah kan. Hehehe... Tapi tak singgah mandi la. Singgah jalan2 kat gerai2 tepi jalan je. Beli sket barang2 wat cenderahati nak bagi kat orang.


pantai chenang, langkawi


Tapi kalo korang beli-belah kat sini, kena ingat. Jangan perabes banyak sangat duit kat sini. Sebab ada lagi satu tempat yang WAJIB pergi semasa kat Langkawi. Nak tau apa?


kompleks haji ismail, haji ismail group, borong coklat, kuah, langkawi
[Kompleks Haji Ismail yang baru]


Confirm kena pergi kedai Haji Ismail borong coklat. Hahaha... Sila la perabes duit korang kat sini. Sebab aku pernah tengok orang borong sampai nak dekat RM 1000 pun ada. Mungkin ada orang pesan kot. Hehehe... Kalo korang ada tempat menarik kat Langkawi yang korang nak syor kan, bole tinggalkan kat ruangan komen.


p/s: nak pergi island hopping, tapi tak sempat.


17 comments:

Unknown said...

Langkawi memang suatu tempat percutian yang best.. :-)

dariilhamkehati said...

erm , nih la satu2nya tmpt yang CP mengidam dari dlu , pernah sekali la pergi langkawi tapi mase tuh , masuk tadika pown belum lagik , opkos la ingat2 luper , pergi makam mahsuri tapi tak dapat masuk rumah dye , wooo , nak pergi lagik ..

aswadz said...

@airyn: btol tuh.

@CP: aku pun x masuk. sbb tgh renovate.

puteri kasih said...

wah bestnyer bercuti :)

Mizz Aiza said...

tak pernah lagi sampai langkawi..

Unknown said...

ada sorg lecturer sy.. fieldwork sambil melancong kat sini, siap borong satu bagasi coklat.. haha

zuhdi sanusi said...

langkawi.., haha., tak smpai lg., akan dtng kot., :D

aswadz said...

@puteri: hehehe... mesti la best.

@aiza: insyaAllah, akan sampai waktu gak nanti.

@aisya: hahaha... yg tu dasat...

@zuhdi: insyaAllah...

norhasnizakhalid said...

wah... bestnya pergi langkawi... :)

aswadz said...

best2...

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.


Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


bada said...

Assalamualaikum En.Aswadz

Maaf ganggu masa En.Shawal. Saya, Nurul Akhmal, pelajar PHD hanya nak minta untuk bantu saya kumpul maklumat / data yang saya perlukan dari En.Aswadz

Saya perlukan data / maklumat ini untuk peringkat analisis data.

Survey ini untuk En.Aswadz yang dah pernah melawat Cameron Highlands atau Langkawi atau kedua-duanya sekali.
Survey ini mengambil masa 5-10 minit untuk diselesaikan (bergantung)

Untuk pertama kali jawab survey ini, En.Aswadz boleh jawab soalan-soalan seperti biasa, tetapi jika En.Aswadz ingin jawab untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya UNTUK TAMBAHKAN MAKLUMAT survey, boleh ikut step yang dah disediakan dalam survey ini (juga dikenali sebagai pengguna kedua "Second User")

Kalau ada yang tak faham, boleh terus mesej kat sini yer
Really need all your help..

Link survey KLIK URL SINI: https://www.surveymonkey.com/s/5Y8Z5FM

PM saya untuk sebarang permasalahan

Inshaallah, saya akan bagi hadiah misteri untuk peserta yang bertuah dan terima kasih atas penyertaan semua. Semoga Allah s.w.t membalas jasa En.Aswadz
*Mohon sebarkan kepada kawan-kawan yang lain juga

*saya dapat info blog/fb dari carian Mr.Google :)

Terima Kasih

aswadz said...

amsyahril: insyaAllah, saya akan caling2 jika nak pergi Langkawi lagi.

@akhmal: saya sudah isi survey.

Unknown said...

salam tuan punya blog
saya nak share satu lagi tempat yang mmg best kat langkawi, mantan Pm dah penah datang.. menteri2 asean pun dah pernah sampai sini.
KILIM KARST GEOFOREST PARK, aktivit menaiki bot melawat sekitar sungai kilim. bagi yang suka kepada keindahan alam semulajadi tempat ni pasti mengujakan anda.. rata2 pelancong yang datang mmg cakap tempat ni best!! tgok sendiri pic2 Kilim Mangrove di FB saya jom p cuti. mmg best giler!!!
sempena cuti sekolah ni kami menawarkan harga spesel untuk anda..

aswadz said...

mmg teringin nak pergi. tp sbb x cukup masa, terpaksa lupa kan. tp insyaAllah, laen kali akan singgah geoforest park.

Unknown said...

salam kepada sesiapa yg ingin ke Langkawi cuti nie.. sy ada homestay btoi2 tgh pekan kuah.. 3 bilik full aircond,, pantry.. ruang tamu.. semalam hanya rm250.. 2 mlm ke atas hanya rm210.. keistimewaan homestay ini adalah hanya berada dpan bangunan haji ismail groupp.. so leh jalan kaki jew utk shopping.. dekat dengan uptown utk anda cuci2 mata mlm2 tgk beli mkanan n pkaian.. kalau dtg hari rabu n sabtu berdakatan psar mlm.. kedai mkan hanya bersebelahan sahaja!!! selain itu dekat dgn bank islam maybank cimb bank ~yang menariknya ialah anda akan mendapat include sekali pakej mangrove hanya rm180 sahaja satu bot yg anda xkan dpt kt mna2.. krn depa akn bg rm250... ~island hopping plak hnya rm230 satu bot !!!! mesej atau kol trus na untuk penempahan 0134569984

aswadz said...

insyaAllah, kalo pergi lagi, saya contact.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...