Isnin ni 16 September. Hari Malaysia. So, tahniah kat korang2 yang dapat cuti straight 3 hari terus. Sempena cuti 3 hari tu, aku pasti ada antara korang yang akan ke Cameron Highlands hujung minggu ni. To be exact, esok atau lusa.
Selaen daripada beberapa tempat laen yang menarik di Cameron Highlands seperti ladang teh Sungai Palas atau Cameron Valley, ladang lavender dan strawberry farm, ada satu lagi tempat yang menjadi tumpuan orang ramai iaitu bee farm. Bee farm mungkin ada banyak tapi yang aku pergi hari tu kat area2 Sungai Palas gak (kalo tak silap aku).
[Siap ada replika lagi]
Bila aku google2 balik, rupa nyer nama bee farm ni Ee Feng Gu Honey Bee Farm. Aku rasa kat sini je bee farm yang ada maze. Aku hari tu tak masuk pun maze tuh sebab takut sesat tak jumpa jalan keluar tak cukup masa. Banyak lagi tempat nak jalan masa tuh. Aku lupa nak amek gambar maze. So korang layan je la gambar2 kat bee farm je.
Yang best nyer, nak masuk bee farm ni FREE je. Tak payah bayar pun. Tapi kalo nak masuk maze dia, kena bayar. RM 5 kot. Kemudian, ada gak tempat2 jual madu. Produk2 laen diperbuat daripada madu pun turut dijual kat sini. Aku pun ada beli spek mata kat sini, tapi yang tu bukan diperbuat daripada madu ye. Harap maklum.
p/s: selamat bercuti2 Malaysia minggu nih.
11 comments:
aiza tak pernah lagi sampai cameron highland ni.. nak pergi asyik bertangguh je.. nampak menarik bee farm tu..
mcm mn tmpt bee farm ad jual spek mata..hihi
@aiza: tapi takut2 je aku time jalan kat situ. takut kena sengat. hehehe...
@aien: haaaa... power kan bee farm tu. siap jual spec lg.
lama x datang cameron highland. x taw pon sana ada bee farm
tak pernah masuk bee farm ni walaupun kerap naik Cameron tahun ni.. naik pun sebab kerja, last 12/9 naik ada operasi kat sana....
salam perkenalan...
http://memoriessharidz.blogspot.com/2013/09/segmen-1st-mama.html
dah boleh jadi duta cameron highlands dah ni...hehehe
macam menarik bee farm tu..takut juga kena sengat nanti
@mujahidah: x silap aku ada beberapa bee farm kat sana.
@sharidz: keje apa tuh? research?
@puteri: hahaha... duta x berbayar.
kalau spek pun diperbuat drpada madu nak jugak satu.. haha!
Lebah ni normally takkan sengat orang. Sebab kalau dia sengat, konfem lepas tu dia meninggal. Lebah tak macam tebuan yang boleh sengat orang banyak-banyak kali. Dia akan sengat kalau sarangnya terancam je.
Cewah, macam Animal Planet pulak. Kat rumah aku ni ada satu sarang lebah, jadi rajin jugaklah aku ushar-ushar kot-kot boleh rembat madu direct dari situ nanti.
bkn tebuan ke sengat meninggal? aku pernah kena sengat lebah dlu time sekolah rendah. kat muka. seminggu MC.
@aisya: pastu bila lapar, jilat spek. hehehe...
p/s: terlepas komen aisya.
Post a Comment