Dengan konon2 nyer banyak benda nak explain, entri ni aku darab bahagikan entri ni kepada beberapa part.
Dah banyak kali aku cakap aku nak up kan entri pasal Cameron Highland ni, tapi tak up2 gak sebab aku perasan aku busy tapi sebenar nyer malas. Kalo diikutkan, percutian ni panjang sebenar nyer. 3 hari 2 malam. Tapi sebab banyak dalam kereta sebenar nyer, jadi percutian yang btol2 bercuti cuma sehari je. 1st day tu sampai Cameron Highland pun dah malam.
First thing in the morning (hari kedua dah ni), bergerak ke Boh Sungai Palas dlu. Waktu buka pukul 8.30 pagi. Tapi pukul 8.20 kitorang dah sampai. Terpaksa tunggu depan post keselamatan sementara tunggu pak guard dia bagi masuk. Takpe2. Kitorang memang sker tunggu menunggu ni. Sabar tu kan separuh daripada iman. Selaen daripada kitorang, ada la lagi 2-3 family. Diorang pun macam kitorang. Penyabar. Tepat 8.30 pagi, guard tu bagi je kitorang masuk, terus turun handbrake, masuk gear, tekan minyak dan pecut 110 20-30 km/jam sebab jalan dia kadang2 sempit dan banyak bonggol.
Sampai2 je kat destinasi yang dituju, awal. Memang awal. Pekerja2 dia pun ada yang still tengah menyapu. Nampak anjung kat belah kanan gambar tu. Yang sedikit menjulur keluar daripada bukit tuh? Tu tempat jin bertendang menjamu selera. Tapi sebab mungkin masih awal lagi, diorang tak bagi masuk lagi. Mungkin pekerja dia tak sempat petik dauh teh untuk buat minuman customer. Kek daripada Secret Recipe pun tak sampai lagi. Mak cik jual nasi lemak 50 sen pun tak datang lagi untuk letak 50 bungkus sruh diorang jual dengan RM bape ntah.
Enjoy pemandangan dlu. Untuk pengetahuan korang, tempat parking ada dua. Satu kat kaki bukit, btol2 sebelum naek bukit ke kedai nih. Satu kat atas bukit ni. Kalo rajin, bole la park kat bawah. Pastu berjalan naek ke atas sambil menikmati pemandangan ladang teh yang menghijau sambil mencium aroma teh yang menyegarkan. Sebagai pelancong yang sabar menunggu daripada tadi, memang sah2 kitorang terus parking kat atas.
Selaen daripada tempat lepak2 sambil minum teh dan mentekedarah, Boh Sungai Palas ni pun ada menyediakan kedai untuk korang beli macam2 produk teh. Macam2 perisa ada jual. Kalo korang jalan ke belakang sket, ada jumpa kilang proses teh. Korang bole masuk sebab dia ada sediakan laluan untuk pelawat yang berminat nak tengok macam mana daun teh diproses.
[Replika mesin pengisar]
[Kalo aku tak mention tangan kat belakang mesin yang dah macam robot tuh,
mesti korang tak perasan kan]
Lepas korang dah abes lawat kilang proses teh ni, bole la drop kan komen korang kat logbook dia. Pandai2 la korang cari. Aku lupa lak nak snap yang nih. Yang ada gambar ni je.
[Gambar kredit to adik ipar aku]
5 comments:
LAMa tak ke cameroon... bestnyer...
Kalau komen saudari di atas, dah lama tak pergi cameron..saya tak pernah pergi cameron. Nama je duduk pahang..hehe. Cantik sangat2 pemandangan tu. Seronoklah dapat tengok cara memproses teh.
@leeza: cameroon? aku x pernah pergi stakat ni. hehehe...
@aini: x pernah gi cameroon gak ke?
best la dapat pegi sini.
thanks for this post.
tak tau pula tarikan lain selain strawberry kt cameroon ni.so kene bertolak awal lah ye
kalo pergi waktu bukan cuti sekolah, x kesah la nak gi awal ke tak. tp time cuti sekolah, sila la pergi awal.
Post a Comment