Monday, August 1, 2011

Ajak Lelaki Keluar

Pernah terlintas tak di fikiran korang untuk ajak lelaki idaman korang keluar, tapi tak jadi. Sebab korang tak pasti macam mana nak ajak dia keluar. Especially kalo korang ni jenis gadis yang pemalu. Takut orang kata perigi carik timba.




Well, sumer tu dah lapuk skang. Korang kena jadi perigi yang carik timba sebab bilangan lelaki skang dah makin berkurangan. Tu tak tolak lagi lelaki yang baek2. Bape kerat je yang tinggal. Contoh nyer aku.

Sebab dah terbiasa untuk seorang gadis diajak keluar oleh lelaki, maka bila bab gadis nak ajak lelaki, ia jadi agak awkward. Btol ke tidak?

Apa pun, korang kena lupakan sama ada awkward ke tak. Yang penting, kalo korang tak lelaki idaman korang tu keluar, korang mungkin akan melepas kalo ada gadis laen yang ajak. Sama ada lelaki tu akan terima pelawaan korang atau tak, tu kita tolak tepi dlu ek.


Approach secara direct

Sebenar nyer lelaki adalah jenis yang tak kesah dan open. Sama ada korang nak ajak secara direct atau indirect, tu sumer takde hal. Korang bole jumpa ngan lelaki tu sambil berkata, "Jom keluar makan ngan aku nak?". Kalo lelaki tu tengah lapar, dia mungkin dengan selamba je jawab, "Ok gak tuh. Aku pun tengah lapar nih".

Tapi approach secara direct ni kena hati2 sket. Make sure gaya korang ajak tu kena lemah lembut. Muka kena bajet ayu. Sebab kitorang sebagai lelaki, kadang2 kitorang takut gak ngan manusia bergelar awek nih. Sat lagi kalo korang ajak sambil wat muka garang atau serius, nanti kitorang ingat korang paksa lak. Terus lebur harapan korang.


[Kalo 1st ajak dah wat macam ni, mungkin sesetengah akan jadi takut.
The rest? Diorang redha jek...]


Approach secara indirect

Kalo yang jenis pemalu lak, aku tau yang korang prefer indirect approach. Takde masalah. Mungkin kalo gadis, diorang prefer lelaki tu gentleman. Tanya face to face. Tapi lelaki jenis yang tak kesah. Lagi pun, lelaki pun ada yang jenis pemalu gak kan. Lelaki yang pemalu, mungkin agak gelabah sket kalo korang ajak secara direct.

Macam mana nak ajak secara indirect? Cara yang paling lama dah dipraktikkan, even budak sekolah menengah pun pakai adalah dengan menghantar bestfriend korang untuk membuat scouting. Bestfriend korang yang tolong sampaikan hajat korang on your behalf.

Tapi yang ni risiko la sket. Korang kena pandai la pilih kawan korang ye. Jangan ler pilih kawan korang yang sker kat lelaki yang sama. Kang tak pasal2 dia ajak untuk diri dia plak.

Ada lagi satu cara indirect yang korang bole pakai. Guna internet... Skype ada. Yahoo Messenger ada. Mudah kan... Korang bole ajak directly person yang korang nak dating tuh, tanpa perlu bersemuka dengan dia.


[Nak ajak kat Facebook pun bole. Tapi sumer orang bole baca lak]


Planning

Kalo korang ada planning lagi bagus. Kalo setakat ajak keluar makan, mungkin kadang2 nampak cam boring sket. Ajak diorang gi XPlay Party ke, ajak diorang tengok konsert Kopral ke, mungkin akan meningkatkan minat dia. Yang penting, korang kena tau la minat dia terjurus ke arah mana.

Kalo dia minat tengok wayang, why not ajak dia tengok movie kan. Tapi kalo dia bukan kaki wayang, jangan gatal2 ajak dia tengok gak. Nanti dia bosan. Mungkin there will be no next time dah.


Amacam? Mudah kan nak ajak guys keluar dating. Melaenkan lelaki itu sudah berpunya atau dah ada crush, probability dia untuk accept pelawaan korang adalah tinggi. Apa pun, usaha korang tu penting. Mana la tau, lelaki idaman korang tu akan terharu tengok usaha korang. Terus dia ajak korang couple....


***********************************************************************************

25 Lomographers from all over Malaysia come together to set Lab the Rat in flying in the air! Watch this music video and see how it happens!


***********************************************************************************

9 comments:

vanilla said...

perasan la tu selena nak tekel dia.....

toblerone said...

teringat cite 321 cinta.. kiki

aswadz said...

@vanilla: kalo btol mcm mana? haaa...

@toblerone: x tgk citer tuh. hehehe...

mohd nasha ain said...

Arrrghhhh kebosanan mlm ini setelah pnt bersama imam di surau bg solat terawikh, pnt pula bersama hossmate menjamu moreh...dan kini akan sbb bosan yg baru 5 minit ngadap laptop.. aku bukak lh blog ko untuk jd tatapan memuaskan nafsu serangkah kebosanan aku ini....tapi masih tidak mampu untuk mepalantingkan jauh rasa bosan ini...apa kata ko wt entry tajuk..pasal kite time2 duk kka dulu.. aku yakin ramai penbaca blog ko meningkat ..tgk market bahan ngn metallah hahaha

aswadz said...

awat la entri hang pjg sgt... dah trbiasa ek?

░♥si lampu neon♥░ said...

ajak keluar kang, lelaki ni pk bukan2 lak..padahal nak berkawan je pon..apadaa...

aswadz said...

@neon: kuar ramai2. xde la dia pk bukan2.

fify ika said...

Malu je kalu dye tolak nmpak sgt over .. haha .. dulu dye pnh ajk dinner tp sy plk jual mahal .. haha ..

aswadz said...

hehehe... rugi la gitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...