Sunday, August 7, 2011

Tournumnet Kehilangan 3 Ahli

1st of all, aku nak bagitau yang ni bukan entri pasal kematian atau apa2 yang bersangkut paut dengan nyer. Baca dlu entri ni ye. Hasil nukilan saudara Nash Maurinho.


***********************************************************************************

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Kini mereka tiada lagi di sini,
Nun jauh di ceruk sana di hutan Sepang.


TOURNUMNET, biar pun menjadi satu badan berkecuali yang berjaya di AMREC, namun tidak ramai yang mengenali siapa yang menjadi urat tunjang di sebalik penubuhan nyer. Ada elok nyer entri kali ini dibukakan dengan history penubuhan badan tersohor Tournumnet (nanti korang paham la apa relate nyer ngan tajuk tu)

Ditubuhkan pada suatu hari dalam bilik Iridium (damn, aku jem ngan perkataan nie) bertempat di AMREC dalam tahun ini juga. Nama insan Syed Mohd Syakir mencambahkan idea dalam menafaskan kembali istilah tipikal "tournament" menjadi lebey elegan and more to Jeniang style dengan panggilan baru "tournumnet". 

Dengan seraya nyer lahirlah sebuah pertubuhan hebat bertatahkan nama Tournumnet dan lantaran itu juga, Syed Syakir aka Cat terus bertindak sebagai setiausaha agung dalam pertubuhan tournumnet ini dan banyak membajakkan idea2 dan melancarkan segala pergerakan program bagi tahun ini untuk suku yang kedua. Nak tahu lebih lanjut pasal macam mana nama "tournumnet" itu terhasil, korang bole klik kat SINI.

Malangnya, sedey nyer, sarunya (ni perkataan apa ni?), kecewanya, sakitnya, terpilunya, terkedu dan terkesimanya apabila... Syed Syakir antara orang2 yang terpilih ke Sepang untuk bertugas di sana. Pergi nyer Syed Syakir ke Sepang pada 3 Ogos 2011 masih lagi tiada galang ganti dan sememang nyer tiada yang selayak beliau.


[Ketekunan beliau merupakan kunci kejayaan beliau mensalah-ejakan
perkataan "tournament"]


Ramai juga yang tidak mengetahui tentang bendahari kelab Tournumnet. Maklumlah, AGM pun tak buat lagi. Lantik pakai SMS je. Namun lagak Hero Malaya dan Gangster ala2 Shark gitu memancorkan persona Khairul Asma atau nama gelaran area Jeniang KE-own, Keown memudahkan kerja2 pengutipan hutang dan bayaran2.

Dengan ketangkasan dan kezaliman nyer, semua duit yang diperlukan dapat dikumpulkan dalam sekelip mata (dikatakan ada untung lagi). Malang untuk kedua kali, apabila Keown menyertai Syed berjuang di Sepang. Perjuangan yang memang membosankan, tak caye pi lah SIRIM Sepang. Dah sampai, sendiri interpret. Hehe... Umpama patah kaki Tournumnet bila kehilangan Keown.


[Di sebelah kiri adalah saudara Keown]


Syed bersama Keown pergi dan kekal mesra di Sepang, but then yang sorang lagi, Hafiz nama diberi. Gagah perkasa dengan berani mendedahkan tanpa segan silu yang beliau umpama Lin Dan dalam Tournumnet. Tapi mungkin ada benar bagai dikata oleh saudara Hafiz.

Turun nyer ke gelanggang perlawanan musti memberikan impak yang hampir menang (near win) dan mampu menggugat pemain2 ranking di atas nyer. Lagi pon Hafiz jarang turun. Pastu bila turun slalu ada permainan psycho ngan Izat. Hehehe... Berita baek nyer Hafiz di Sepang sementara je. Lepas 6 bulan balik lah dia.

Namun dalam kehilangan 3 ahli, Tournumnet telah menambah 2 ahli baru iaitu Azam dan Anas. Kedua2 mereka adalah downline Aswadz (memandai je ko ek) yang apa pon tak boleh. Harus di puji Aswad mampu maju dalam sistem MLM, hanya berbekalkan muka yang market (Aswad, standard lah aku puji ko, sebab blog ko kan) mampu mempengaruhi 2 orang prospek dalam beberapa minit saje. Cayalah, Teluk Tempoyak tak caye camnie.  Walann... (???)


[Sistem MLM yang diperkenalkan oleh salah seorang ahli ke dalam pertubuhan ini]


Oh.. Aku lupa, Hafiz di dalam Tournumnet memegang jawatan sebagai abang kawasan. Beliaulah bertindak sebagai pengacau kepada awek sebelah lane. Dan yang laen hanya menyorak bila gol2 mampu dijaringkan oleh bowlers. Dan ucapan kami dari Kulim kepada Syed, Keown ngan Hafiz. Posa jangan tinggal. Taw lah sana takdak orang. Pastu Hafiz baliklah cepat2 sini. Biaq pi depa duo kat sana. Dan moga2 bahagialah Syed dan Keown di sana.


p/s: Izat nama yang di mentionkan di atas adalah yang berbahagia penasihat kelab Tournumnet dan aku berkira2 nak bereformasi menggulingkan yang berbahagia dan menaikkan Aswad sebagai penasihat.


----------- Salam Tinta Elektronik dari ~FTG~ -----------


Coretan dari tuan punyer blog;

Pada asal nyer, saudara Nasha mengeja Tournumnet sebagai Tournomnet, which is tak betul. Ejaan sebenar bole refer kat SINI. So aku dah correct kan sendiri masa aku tulis bali artikel ni. Nasha, hang ni sama typo cam Syed. Lagi satu, aku tak minat la nak jadi penasihat. aku nak jadi pembangkang kepada penasihat.... 

Last but not least, Tournumnet skang dah ada official name, logo dan t-shirt. Apa2 pun, kalo aku rasa rajin nak wat entri pasal ni, aku akan tulis. Jadi, stay tune...


***********************************************************************************
Every Week: FULL HD TVs to be won here.

********************************************************************************** 

7 comments:

nash said...

ang mmg entry sal sukan ang mls hahahahah

aswadz said...

hehehe... kadang2 je ada tergerak hati nak wat entri psl sukan nih.

░♥si lampu neon♥░ said...

wooh hebatnye group ni..macam MLM pulak huhu

stuck said...

hidop Tournumnet..hahhaha~

nash said...

HIdup....wah2....adwad wt entry sal team kita juara hehehe ko reke2 lah ahahha

nash said...

weh ang pon typo gak...ang tuleh bali tapi sbanaqnya balik hahahah

aswadz said...

@neon: MLM olok2 je. tapi maen boling nyer benar. hehehe...

@stuck: yeah. hidup tournumnet. nak join ke?

@nasha: aku typo trtulis bali, maybe sbb aku tgh pk nak honeymoon kat Bali kot. ngahahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...