Saturday, August 27, 2011

Menjelang Hari Raya

Assalamualaikum.

Apa khabar sumer? Sihat? Dalam masa beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mesti korang dah siap prepare baju raya beberapa helai kan. Elehhh... Macam la aku tak tau. Hehehe...

Korang ada yang masih bekerja ke? Kalo still bekerja, jangan asyik termenung ingat nak raya lak. Bos marah nanti. Aku dah balik kampung aku dah Rabu lepas. Seminggu aku cuti. Tu pun kalo diikutkan, 2 minggu lepas dah bole balik kampung dah. Bercuti sampai raya.

Suasana menantikan Hari Raya tahun ni tak macam tahun lepas. Aku ingat lagi tahun lepas, time dah nak dekat raya, aku still tengah keje lagi. Dok wat grinding ngan polishing sample. Busy la sket sebab nak kena prepare sample untuk SEM. Dah la jadual untuk aku btol2 lepas aku masuk keje. So tak sempat dah nak prepare time tuh. Terpaksa la aku settle kan sebelum cuti.

Time tu ada 2-3 hari lagi nak raya. Ofis ngan lab memang dah lengang dah. Takde orang. Ada la beberapa orang yang still bekerja, termasuk aku. Macam heaven pun ada masa tuh. Yela. Orang tak ramai. Aku pun bole wat keje ngan relax. Masa aku wat grinding polishing tu, aku layan anime. Perghhh... Memang menggamit memori la waktu tuh, layan anime sorang2 dalam lab. Anime Nodame Cantabille. Takde sape kacau aku tengok.

Yang lagi best, ada satu hari tu ada sorang member ni ada. Kira ada geng la aku nih. Dia pun tak balik kampung lagi time tuh. Tengah hari tu, aku kuar ngan dia. Pi Jusco Perda. Shopping baju raya. Ngehehe... Time hari keje lak tuh, walaupun time lunch hour. Kitorang balik ofis tu agak lewat sket la. Tapi since sebab nak dekat2 raya ni, pak guard takde la strict sangat.

Tapi suasana sebelum raya tahun ni, berbeza dengan tahun lepas. Bulan ni aku banyak berehat kat rumah. Sebab terkena sakit mata. Dah 2 minggu dah. Ni masuk minggu ke-3 (tapi skang dah ok la). Sepatut nyer malam semalam baru aku balik kampung. Tapi since Rabu lepas doktor bagi MC 2 hari sampai Khamis, dan2 tu gak la aku balik. Jangan jeles ek. Hehehe...

Anyway, Hari Raya nak dekat. Tapi puasa jangan tinggal pulak ye.


**********************************************************************************


#WhoLikeConfuse guys have come forward!!! @jasonlo1 #TuneTalk



********************************************************************************** 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...