Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Thursday, August 25, 2011

Perihal Membebel

Perempuan,
Tidakkah kamu tahu,
Makhluk bernama lelaki tidak gemar akan bebelan,
Apatah lagi daripada kaum Hawa,
Jadi alangkah baek nyer jika kamu berhenti membebel sebelum limit mereka tercapai.

Perempuan,
Bebelan anda bak halilintar yang menusuk ke telinga lelaki,
Jika manusia boleh menjadi hangus dek disambar halilintar,
Hati lelaki juga bisa menjadi hangus dek bebelan kamu.

Perempuan,
Tidak salah untuk kamu membebel kepada lelaki,
Tetapi menjadi salah apabila sumer hal menjadi topik untuk membebel,
Daripada bab pasal klinik hingga bab lelaki nak pakai baju hitam pun tak bole...

Perempuan,
Pernahkah kamu menganalisa situasti,
Tatkala lelaki diam membatu,
Apa yang kamu lakukan sebelum itu?
Yes, membebel...

Perempuan,
Tidak salah untuk kamu membebel kepada lelaki,
Asalkan kamu tahu untuk berhenti,
Jika sepanjang perbualan kamu hendak membebel,
Apa kes der?

Perempuan,
Tidak salah untuk kamu membebel kepada lelaki,   (dah 3x aku ulang ayat yang sama nih...)
Asalkan kamu tahu untuk berhenti,
What?
Kamu tak tahu?!!
Fuuuu...

Perempuan,
Maka hentikanlah bebelan kamu tatkala lelaki itu cuma diam membisu seribu bahasa,
Bukan tanda akur akan bebelan kamu,
Tetapi tanda dia bosan dengan bebelan kamu,
Mungkin juga petanda dia nak blah daripada bersemuka dengan kamu,
Takut persengketaan menjadi bertambah parah.

Perempuan,
Tahulah limit panjang-pendek bebelan kamu,
Sebelum lelaki membisu seribu bahasa,
Tanda protes terhadap kamu.

Perempuan,
Jika lelaki itu membisu seribu bahasa,
Tukarlah topik untuk cool down the moment,
Agar lelaki mampu berkata2 semula,
Tanda sudah abes protes.

Perempuan,
Ketahuilah bahawa lelaki itu selalu membuat silap,
Memandangkan masa ini pun bulan puasa,
Apatah lagi Raya bakal menjelang tiba,
Maafkanlah makhluk bernama lelaki,
Di pagi Hari Raya nanti.

Sekian...


SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN.


p/s: saje je buat selingan Hari Raya kat hujung2 entri. tengah feel raya sebab bukak emel sirim, sumer tengah dok wish Selamat Hari Raya. lagi pun, wish siap2, takut ada kaum Hawa yang panas baca entri aku nih, kan sejuk hati dia lepas baca wish Hari Raya...


***********************************************************************************

This is what our rakyat thinks about our country, 300+ videos taken from the street.



***********************************************************************************

0 so full of themselves :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...