Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Saturday, August 13, 2011

Tips Nak Anta Assignment Lambat

Dateline assignment ari nih. Tapi korang satu hape pun tak wat lagi. Macam mana korang nak cari jalan penyelesaian untuk masalah yang sedang korang hadapi? Takde idea? Takpe2. Meh sini aku nak share tips2 macam mana nak tangani masalah hantar assignment lambat sebab assignment tak siap lagi.


1. Assignment yang dihantar melalui emel

Kalo assignment korang tu perlu dihantar melalui emel, korang memang bernasib baek. Sebab masalah ni yang paling senang giler nak settle. Orang giler pun tak sesenang macam ni tau.

Macam mana cara nyer?

Langkah pertama adalah dengan menghantar emel kosong kepada lecturer korang. Dalam emel tu tulis la ayat macam "Assignment yang cikgu mintak adalah seperti attachment". Tapi korang anta emel kosong, iaitu tanpa attachment.




Lepas tu, apa lagi. Pulun la siapkan assignment korang tuh... Lepas dah siap, korang emel kan lagi skali. Kali siap, attach kan skali assignment yang korang "lupa" tadi tuh. Pastu korang buat la ayat yang konon2 korang lupa nak attach file tadi. Skang baru korang perasan.

Settle masalah...


2. Assignment yang kena hantar by hand

Yang ni masalah sket. Korang kena ada high confidence, good acting ngan muka yang innocent untuk berjaya dalam "misi" kali ni. Untuk kes yang ni, ada 3 cara yang korang bole guna pakai, bergantung kepada situasi.

i.) Korang selamba je anta assignment lambat. Ingat. Masa submit tu, wat muka bodo je. Muka innocent campur muka confident. Jangan bagi nampak muka korang yang cuak. Kalo tak, kantoi la kan. Kalo lecturer tanya kenapa anta lewat, kalo jawab la "Eh, bukan dateline hari ni ke?" Kat sini baru la ciri2 good acting memainkan peranan yang penting.


 [Muka confident]


ii.) In case kalo lecturer tanya dalam kelas pasal assignment, korang bingkas bangun. Dengan muka yang confident dan innocent, korang jawab la, "Eh, bukan dateline esok ke cikgu? Aisey... Assignment tu saya tak bawak laa. Ada kat hostel. Kalo saya anta esok bole?" Confirm lecturer korang bagi lepas punyer...

iii.) Yang ni lebih kurang sama cam (i.), cuma cara menjawab tu agak kerek sket. Tidak digalakkan kalo lecturer korang seorang yang tegas. Kalo lecturer korang tu jenis yang baek ngan student dan bole dibawak bergurau, baru korang bole pakai tips yang ni.

Scene dia sama je macam (i.) tadi. Korang anta assignment by hand. Then lecturer tanya kena lambat. Korang kena selamba je jawab "Alah. Cikgu dlu masa kat universiti dlu, macam la tak pernah anta assignment lambat..." Mesti lecturer korang akan tersipu2 malu bercampur segan, dan menerima assignment korang tanpa banyak bunyik.

Kalo lecturer tu jenis yang tegas dan garang, mungkin penampor yang korang dapat. Sebab tu aku kata jangan buat yang (iii.) ni ngan lecturer yang tegas dan garang.




Sekian aje lah tips yang aku mampu bagi. Good luck dalam misi korang untuk menghantar assignment korang lewat daripada dateline. Kalo berjaya, sila inform aku kat ruangan komen. Sebab tips yang aku bagi ni masih belum terbukti secara realiti nyer.

Sekian.


***********************************************************************************

All Proton owners have to see this.


***********************************************************************************

7 so full of themselves :

Rabiatul Adawiah Sulaiman said...

erk.. tips ni mcm tips utk menipu je =.=' aigoo >.<

Anonymous said...

Aswad, utk tip no 1 tuh, aku rasa ada lagi power... ko refer kat sini:

http://blogserius.blogspot.com/2011/06/serius-lol-teknik-hantar-esaimen.html

cara bagi file corrupt, sblm ko resubmit

aswadz said...

@rabiatul: hehehe...

@anonymous: ye ke. tp mana leh tiru blog org. x ori la beb... plagiat nama nyer tuh. lbh baek pakai idea sendiri kan.

stuck said...

hahahahhaa.....nih tips tuk student...
lau lecturer lak?? ;P

aswadz said...

lecturer mana leh anta assignment lmbt. bad example utk anak murid. hehehe...

nash said...

cet padahal die baru tgk blog tue.. tu yg die wt idea die.. weh aswad.. nk idea gempak lagi?.. ko tanye je geng2 kita mase kt u dulu.. aku ke geng2 metal ke malas sbut name sini.. smua dewa weh sal2 nie hahhaha

aswadz said...

dewa pemalas sumer tuh. hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...