Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Saturday, August 20, 2011

Mengidam dan Tips Mengatasinya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ari ni mari kita bercerita pasal mengidam dan cara nak mengatasi nyer. Menurut WikiPadia?!, mengidam ni bermaksud mempunyai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu benda. Keinginan yang tinggi pula bole diukur dengan skala keterdesakan seseorang dalam menangani isu mengidam nih. Get it? Tak? Takpe. Aku pun tak paham...


 [Rasa nak gigit2 je coklat nih]


Apa yang aku nak sembangkan ni, adalah mengidam makanan. Mengidam nak hisap rokok atau benda laen, tidak ada kena mengena ngan entri ni ye...

Aku tau ramai awek2 di luar sana tu selalu mengidam. Nak makan tu. Nak makan ni. Nak coklat tu. Nak coklat ni. Pastu bila dah jumpa coklat yang diidam2 kan, gi bantai sampai 3-4 bar. Tapi berat nak maintain je bawah 50 kg. Melayang kena tiup angin baru padan muka. Hehehe...


1. Pastikan korang tidak skip meal
Bila perut korang sentiasa diisi dengan makanan yang berkhasiat, chances untuk korang kurangkan perasaan mengidam korang semakin tinggi. Walaupun perasaan mengidam ni tak semesti nyer muncul waktu korang lapar, tapi kalo korang dah kenyang, mesti korang akan terfikir, "kalo aku makan gak, kembung ar perut aku macam ni". Maka, automatik nyer korang akan membatalkan niat korang.


2. Stay distracted

Sentiasa berada dalam keadaan sibuk juga bole mengurangkan perasaan mengidam nih. Kajian ada mengatakan perasaan mengidam ni cuma bertahan selama 15 minit je secara purata. So kalo korang stay distracted dalam mana 15 minit tu, poof... Perasaan mengidam korang pun akan hilang... Macam magik.

Buat2 sibuk atau korang memang sibuk merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk menghilangkan perasaan mengidam nih. Sedangkan orang yang tengah putus cinta pun bila sibuk bole lupa kesedihan diorang, apatah lagi perasaan mengidam kan.


3. Buat mantra korang tersendiri

Let say korang tengah mengidam nak makan coklat ni. Coklat tu lak ada depan mata korang. Korang cuba pejamkan mata korang. Pastu sebut dalam hati korang, "Aku tak kan makan coklat ni" sebanyak 3 kali. Buka mata korang. Korang perasaan tak craving korang dah hilang? Ekekeke...


4. Kalo mengidam sangat, jamah la sedikit je...

Ingat tu. Skeeettt je tau. Ni kalo dah mengidam tahap gaban dah ni. Sape2 pun dah tak leh nak halang. Yela. Kalo dah teruk sangat craving korang tu, tak leh nak sekat gak kan. Sama la macam perangai kita. Makin dilarang, makin rasa nak buat...

Kalo dah mengidam tahap macam ni, korang jamah la sedikit makanan yang korang mengidam sangat nak makan tuh. Masa korang jamah tu, make sure korang dah amek mood, korang dah amek feel yang korang akan saviour everything in one bite. Korang akan menikmati bersungguh2 gigitan yang pertama tuh sampai puas.




Bak kata omputih, "give your tongue a treat, not your stomach". Jadi, kalo korang mengidam nak makan coklat cadbury, tak salah korang makan takat 1-2 kali gigit. Tapi kalo dah sampai satu bar buta2 korang telan macam tu je, memang naek ar berat korang pastuh.


Tapi ada satu benda yang aku nak korang ingat.

Kalo korang tengah mengandung dan korang mengidam nak makan apa2, korang mintak je. Jangan segan2. Jangan tahan2. Adalah wajib dan menjadi tanggungjawab suami untuk memastikan perut korang sentiasa berada dalam kekenyangan. Kang lapo kang, sape gak yang susah kan...




***********************************************************************************


A new FULL HD TV would be nice... Here's how to win on



********************************************************************************** 

2 so full of themselves :

vanilla said...

mengidam seoul garden wehhhhh

aswadz said...

ari tu kan dah mkn. tunggu setahun lagi baru bole mengidam ek. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...