Saturday, April 14, 2012

Daripada Kawan kepada Kekasih

Mana2 yang dah bercouple, bakal berkahwin mahupun yang sudah berkahwin, sila abaikan entri ini. Kalo nak baca pun, baca saje2 je. Jangan gatal2 nak aplikasikan lak. Tak elok curang...

Aku rasa sumer orang mesti ada kawan rapat yang berlainan jantina yang sker dengar luahan hati korang. Korang pulak selesa share masalah ngan dia. Tapi lama2, korang macam ada perasaan sker kat kawan korang tuh. Sepanjang masa imej dia bermain2 di kepala korang. Korang nak luahkan, tapi takut kena reject dan last2 korang akan kehilangan sorang kawan baek.

Apa yang korang nak wat?


1. Usha dlu dia single ke tak

Walaupun korang sker kat kawan korang tuh, jangan maen serbu je. Alih2 kalo dia dah kena book ngan orang laen, tak pasal2 kawan korang tu akan bertanggapan negatif terhadap korang. Like "Eh, tiba2 lak budak ni ngorat aku" atau "Buang tebiat ke hape kawan aku yang sorang nih?".




Kalo dia single, bagus la. Ada chance la korang masuk jarum kan. Tapi kalo dia dah berpunya, jangan nak masuk jarum gak. Nanti ada yang terluka dek ketajaman jarum tersebut.


2. Confirm kan dlu perasaan korang

Lepas dah confirm dia single, korang still tak bole serbu terus. Korang kena fikir dlu perasaan korang tu btol2. Real ke tidak. Ke perasaan tu muncul masa2 tertentu seperti masa korang depress ke. Confirm btol2. Confirm btol2. Macam mana nak confirm kan? Hhhmmm... Payah nak jawab tu. Susah sangat, apa kata korang semayang istikharah. Hehehe...


3. Bagaimana lak perasaan dia?

Agak2 dia sker kat korang tak? Itu yang korang kena amek tahu sebelum korang btol2 approach kawan korang tu. Adakah korang orang pertama yang dia share good/bad news? Dia sker tak melepak ngan korang atau spent time together2? Masa yang korang spent bersama makin banyak tak? Kalo yes, tanda positif la tuh.

Untuk btol2 confirm kan perasaan kawan korang tu, apa kata korang drop some hint. Contoh nyer, "Aku enjoy la spent masa ngan ko" atau "Kan bagus kalo perangai ex aku macam ko". Kalo dia paham hint korang, bagus la.




Kalau korang percaya dan dah btol2 confirm yang kawan korang tu pun minat kat korang, bole la korang start memikirkan cara2 nak approach. Jangan tunggu dia approach korang dlu. Kang dua2 maen tarik tali, melepas lak.


5 comments:

Muttallif said...

Tips bercinta dengan kawan. Tapi ada yang berlaku setelah bercinta seperti lebih baik berkawan daripada bercinta. Tapi, itulah kehidupan, sekejap manis dan sekejap pahit.

vanilla said...

bestfriend mebi blh jd psgan yg baik pada kite..mebi jgk tdk...tp psgan kita tu insyaAllah blh jd bestfriend kite..hehehe..awk bestfrn sy kan.kan.kan.kan.hahahahah

Teenager Housemaid said...

err...
susahla kawan dgn berlainan jantina ni..huhu..
lagi susah dari kawan nak tukar jadi kekasih...

Aida Omar said...

kalau dah jadi janda boleh guna tips nie lagi tak? :P

aswadz said...

@mutallif: btol tu. kalo asyik manis je, bkn kehidupan nama nyer. itu mimpi.

@vanilla: ye ye ye ye...

@teenager: yeke susah? masa U aku dlu relax je bebudak pompuan kawan ngan aku. siap ajak lepak lg.

@aida: pun boleh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...