Sunday, June 19, 2011

Kota Purba #2 - Chichen Itza

Untuk entri kali ni, aku nak wat ulasan pasal kota Chichen Itza. Perkataan Chichen Itza membawa maksud "at the mouth of the well of the Itza". Kota ni terletak di Mexico dan merupakan kota peninggalan kaum Maya. Penduduk kaum Maya dianggarkan menghuni kota ni antara 600 - 1000 A.D.


[Pelan lokasi Chichen Itza]


[Pelan lokasi. 3D pulok]


Sebenar nyer Chichen Itza ni ada banyak tempat yang menarik. Even aku tak tau nak tulis yang mana satu. Kalo nak tulis sumer, rasa cam banyak sangat la pulak. Tapi... Aku rasa aku akan pilih yang mana menarik je la ek.

Antara tempat yang menarik di Chichen Itza adalah Great Ball Court. Sebab apa menarik? Sebab ia nyer merupakan ball court yang terbesar pada era Mesoamerica. Ball court aku rasa tempat diorang maen permainan yang menggunakan bola la kot. Bola sepak mungkin. Hehehe...


[Great Ball Court]

Utara Great Ball Court adalah North Temple atau lebih popular dengan nama Temple of the Bearded Man. Pastu kat sebelah timur dia lak ada Temple of the Jaguar, yang bercantum dengan dinding Great Ball Court.


[Temple of the Bearded Man]


[Upper Temple of the Jaguar]


Dan satu lagi fakta menarik tentang kota Chichen Itza ni adalah ia nyer terletak berhampiran dengan lubang benam yang besar. Bukan satu, tapi dua! Lubang benam tersebut adalah Sacred Cenote (Cenote Sagrado) dan Xtoloc Cenote. Kalo nak tau, Sacred Cenote ni dijadikan tempat upacara korban semasa musim kemarau.


[Cenote Sagrado]


Dan tak ketinggalan, Temple of Kukulkan yang terletak betol2 di tengah kota Chichen Itza. Temple of Kukulkan yang juga dikenali sebagai El Castillo (The Castle) mempunyai bentuk seakan2 sebuah piramid.


 [Temple of Kukulkan]


Dan pada waktu equinox musim bunga dan luruh, salah satu sudut (kat belah tangga yang ada ukiran ular) pada struktur bangunan tersebut seolah2 membentuk bayang2 ular apabila matahari terbit dan juga terbenam. Menurut sejarah, kaum Maya memanggil ular tersebut sebagai Kukulcan atau Quetzalcoatl.


[Efek Kukulcan menggunakan artificial light]


Dan yang terakhir skali yang aku nak citer adalah berkenaan dengan rangkaian gua yang dikenali sebagai Balankanche. Caves of Balankanche. Kat dalam gua ni masih terdapat tembikar2 purba yang masih kekal di tempat asal bersama2 dengan artifak2 yang laen.


[Mitos World Tree]


Gambar kat atas ni bukan la gambar sebatang pokok. Tapi merupakan gambar yang dihasilkan daripada composite laser scan terhadap gua Balankanche. Gambar ni menunjukkan bentuk rangkaian batu kapur yang terdapat dalam gua nih.

Dipercayai bahawa mitos kepercayaan World Tree oleh kaum Maya berkait rapat dengan bentuk rangkaian batu kapur tersebut. Tapi, masa dlu mana ada laser scan kan. So macam mana diorang leh timbul dengan konsep World Tree? Ada idea kawan2?

Selaen daripada apa yang aku dah citer tadi, ada banyak lagi monumen2 yang menarik sebenar nyer. Tzompantli, Platform of Venus, Group of a Thousand Columns, Ossario (lebih kurang macam El Castillo), El Caracol dan Akab Dzib. Kalo korang nak tau lebih lanjut, bole gi wikipedia.

Okay la. Aku rasa dah panjang aku tulis nih. Aku pun dah tak bape nak larat nak tulis panjang lagi. Bagi aku rehat sket. Aku harap dengan sket info yang aku bagi ni, menarik minat korang untuk membaca pasal kota2 purba nih...

Dan kalo korang ada sedikit masa lagi yang bole diluangkan, apa kata korang layan video kat bawah ni lak.





Rujukan: Wikipedia


 **********************************************************************************

BlackBerry PlayBook has arrived. Subscribe at Maxis to be kept updated.

BlackBerry PlayBook


 **********************************************************************************

7 comments:

cik azeya said...

ko penah pegi sini ke? mcm tade org je weh. -.-

Lya Amie said...

tmpt y mcm pnuh bsejarah jea .? huhukk .. intresting ..

aswadz said...

@cik azeya: pernah pergi guna imaginasi je. hehehe... kalo perhati gambar yg ke-7 tuh, kan ada ramai org...

@alia: a'ah. penempatan org zaman dlu kala. agak interesting bg aku.

stuck said...

ko mmg minat ea bnde bnde yg cmni??
mksud aq sejarah sejarah..
btw,lubang benam tuh pe jang oi??

vanilla said...

history lg? mls baca aci x? heheheh..kidding LOL

BuDakHutaN said...

Mahu rasanya melawat tempat-tempat bersejarah di seluruh dunia... pasti seronok.

aswadz said...

@stuck: lubang benam tu sink hole ler...

@vanilla: alaa... baca ar...

@budak hutan: kalo ada duit, aku dah pegi dah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...