Perghhh untuk ari nih. Terima kasih kepada ujian kecergasan yang SIRIM Bhd lakukan kat AMREC Khamis lepas, aku telah mula merasai lenguh2 otot pada kaki dan abdomen aku. Terasa cam abdomen aku ni kena stretch je kadang2. Ni mesti pasal semalam tak dapat nak rehat. Hehehe...
Eh, lupa lak aku. Korang mesti tertanya2 kan apa yang dah berlaku semalam. Adakah aku terserempak dengan SNSD semalam, sampai menulis entri dengan tajuk yang sedemikian rupa. Ecece... Sori lah sebab buat korang sumer tertanya2. I'm sorry... (sila baca guna nada Amir Raja Lawak nyer style)
Semalam the whole waktu siang aku, aku telah spent kan dengan berjalan2 kat Ipoh. Semayang Jumaat pun kena singgah rumah sedara, semayang kat masjid area umah sedara aku.
Actually, pagi semalam aku gi Puspakom skali ngan adik ngan mak aku. Kereta aku kena wat ujian Puspakom. Alhamdulillah. Lulus. Naseb baek tak lama. Pastu belah petang lak, lepas Semayang Jumaat, mak aku nak kena gi bangunan TM lak, ada mesyuarat pasal khairat kata nyer. Maklumlah, mak aku dah jadi ahli seumur hidup Telekom (nama dlu).
So... Sementara nak tunggu tuh, aku ngan adik aku berjalan2 kat sekitar kawasan tu. Sebab malas nak drive pusing2, aku ngan adik aku menapak aje la. Tapi tu lah masalah nyer. Sekitar tu takde tempat menarik pun. Cuma ada shopping complex Yik Foong je. Memang dah lama giler aku tak menjejak kaki kat situ. Masa muda2 (zaman sekolah menengah) dlu slalu ar.
[Shopping complex Yik Foong. Ni gambar dlu kot.
Skang ni nampak macam dah lusuh sket]
Untuk korang yang tak tau, kat Yik Foong ni ada banyak kedai komputer. Berlambak giler la. Kedai jual CD games pun banyak gak. Memang tempat aku beli CD games masa zaman dlu kala.
Tapi Yik Foong skang ni tak macam dlu. Macam dah downgrade giler. Aircond pun takde. Pasaraya TF pun ada aircond okeyh...
Okay. Here's the part yang korang tunggu2 dari tadi....
Masa aku jalan2 kat dalam shopping complex tu, aku terserempak ngan SNSD. Selalu gak aku terserempak ngan diorang. Asal menapak sket je, jumpa diorang. Sat lagi aku menapak lagi 2-3 langkah, jumpa diorang lagi.
Yela... Diorang kan skang ni dah jadi model iklan untuk Intel Asia. Asal aku jumpa je kedai komputer, nampak poster diorang. Menapak 2-3 langkah, jumpa kedai komputer lagi, nampak diorang lagi. Ada yang tampal poster SNSD. Ada yang pasang video SNSD kat laptop/ PC.
[SNSD duta Intel Asia]
Hehehe... What do you expect? Aku terserempak dengan real SNSD kat shopping complex yang dah downgrade? Tak kot... Kalo jumpa kat Jusco Ipoh tu, mungkin ada keberangkalian gak kan. Hehehe...
Nape? Rasa tertipu ke? Hik3...
Untuk meredakan perasaan "tertipu" korang, apa kata korang layan video diorang nih...
***********************************************************************************
***********************************************************************************
4 comments:
ala..xbest sgt lagu diorg yg ni kan
a'ah. kureng sket...
kump gula gula tak nyanyi macam ni ke. hahaha
diorang x nyanyi. hobi diorang makan gula2 tiap2 hari...
Post a Comment