Hello boys and girls.
Aku ada satu soalan nak tanya korang. Apa yang korang wat masa cuti sekolah baru2 nih? Lepak kat umah? Tengok TV? Walaupun aku ni bukan pelajar sekolah atau cikgu sekolah yang bole menikmati cuti sekolah selama 2 minggu nih, tapi still aku juga nak gi bercuti gak kan...
Destinasi percutian sempena cuti sekolah ni adalah Bukit Tinggi. Actually dlu dah pernah gi skali. Tapi miss out satu tempat yang cool. Lagi pun masa tu kitorang gi agak lewat. So memang tak sempat.
Nak naek ke kawasan pelancongan Bukit Tinggi ni kena bayar RM 12 sorang. Tutup kul 6 petang. So kalo korang sampai kul 4 atau 5 petang, memang rugi ar sebab tak dapat nak berjalan lama2. Unless korang nak spent the nite kat atas Bukit Tinggi tuh. Rate hotel dia aku tak tau sebab tak pernah tdo kat sana lagi.
Sebenar nyer kat Bukit Tinggi ni ada macam2 gak tempat yang korang bole lawat. Zoo mini ada, tempat maen golf ada. Kalo korang nak naek kuda pun bole. Tapi tempat2 gitu aku malas nak gi. Just lalu je. Aku cuma fokus nak gi Japanese Village ngan Colmar Tropicale. Yang bayar RM 12 tu kalo nak naek ke 2 tempat ni je. Yang laen tak yah bayar.
Since ada 2 tempat yang aku kunjungi, so aku rasa aku nak split entri aku ni kepada 2 part supaya entri tak nampak panjang berjela. Part 1 yang aku nak citer ari ni adalah pasal Japanese Village dan part 2 pasal Colmar Tropicale.
Japanese Village ni, macam nama dia, adalah ala2 kampung Jepun. Kat dalam Japanese Village ni ada Japanese Garden, Japanese Tea House, Tatami Spa, Ume Tatami Suite, Souvenir Shop, Ryo Zan Tei Restaurant dan Botanical Garden.
[Tempat parking adalah jauh. So korang kena berjalan ke Japanese Village]
[Gambar ni saje je aku nak letak]
Ryo Zan Tei Restaurant tu restoran btol la. Kalo korang rasa lapar, korang bole try makan kat situ. Tapi aku tak pasti makanan dia halal ke tak. Yang penting, aku tak makan kat situ.
Botanical Garden dia, walaupun kecik je, tapi still menarik untuk korang jalan2. Sebenar nyer tak kecik la. Garden dia kecik, tapi dia ada wat walking path masuk ke hutan. Ala2 jungle trekking la kot. Since masuk ke hutan dan aku tengok jarang orang pegi, so aku pun berjalan takat kat dalam Botanical Garden tu je ar.
[Ni dia jalan jungle trekking yang aku maksudkan tuh]
Yang best nyer pasal Japanese Village ni adalah scenery dia. Memang korang akan rasa best. Siap ada feeling2 lagi nak bergambar. Udara pun nyaman. Kalo korang datang dan feel sendiri, mesti korang akan kata benda yang sama.
[Japanese house]
Bukan tu je. Kalo korang rasa nak feeling2 macam orang Jepun, korang bole sewa baju kimono (untuk perempuan) dan baju samurai (untuk lelaki). Harga RM 20++. Yang ni cik awek mula2 macam berminat. Tapi bila aku bagi, dia tak mau lak... Selaen daripada itu, korang bole join untuk tea ceremony. Ada certain2 waktu dia. Harga aku tak tau.
Macam yang aku cakap tadi, kat sini gak ada spa, iaitu Tatami Spa. So sape2 yang rasa nak relax2, bole la lepak kat Tatami Spa. Tapi aku rasa yang akan lepak kat sini adalah pengunjung yang tdo kat sini je la. Yup. Korang memang bole menginap kat sini. Ada Ume Tatami Suite.
Tapi masa aku lalu ari tuh (berjalan kaki je sebab kat dalam taman2), pagar dia macam berkunci je. Takde orang yang menginap kot ari tuh. Tak tau korang nak kena deal macam mana kalo nak tinggal kat situ.
Apa yang penting, RM 12 yang korang bayar masa mula2 nak naek tu adalah berbaloi, walaupun korang hanya visit Japanese Village je.
[Mencari ketengan jiwa sambil merenung masa depan]
No comments:
Post a Comment