Tekan Sini Untuk Mendapatkan Template Atau Wallpaper Yang Laen! »

Monday, June 6, 2011

X-Men: First Class

Perghh... Minggu lepas adalah minggu tengok wayang. Tak pernah aku buat sebelum ni tengok 3 movie dalam masa seminggu. Kalo tiap2 minggu buat camni, memang kopak duit dibuat nyer. Dan makan maggi aje la jawab nyer... Dan sebab tu gak la aku tak sempat nak blogging, blogwalking dan berbalas2 komen kat shoutbox aku. Tapi insyaAllah, aku akan balas gak kunjungan2 korang...

3 movie yang aku dah tengok tu adalah Pirates of the Caribbean - On Stranger Tides, Karak dan X-Men: First Class. Memandangkan tajuk entri ni pun aku dah bubuh X-Men: First Class, dah sah-sah aku akan review pasal X-Men - First Class kan. Kalo aku bagi bagi review pasal Pirates of the Caribbean atau Karak, sila bagi aku pelempang ye...

Movie yang lagi dua tu mungkin aku akan bagi review gak pada masa akan datang. Tu pun kalo aku ada mood nak buat review la. Tapi kalo ada sape2 yang tak sabar sangat nak baca review pasal Karak, korang bole lawat blog Cik Vanilla. Dia ada bagi sedikit sebanyak gambaran pasal movie Karak. Sila klik kat SINI.

Baekk... Bersambung kepada motif asal kita. X-Men - First Class memang adalah first class bagi aku. Tak sia2 aku tengok movie ni walaupun asal nyer nak tengok Kungfu-Panda-2-yang-asal-nak-tengok-je-seat-depan-je-kosong.




Aku sebenar nyer takde la follow sangat franchise X-Men ni. Minat tu minat la. Tapi ada gak antara movie X-Men yang aku tak tengok lagi. Yang dah tengok pun aku ingat2 lupa. Tapi basic knowledge tu ada ler. Kalo tak, mesti akan penuh tanda tanya masa tengok movie ni. Macam cik awek saya. Tapi iye la. Since saya encik pakwe dia, mesti la dia akan tanya saya. Dan saya berjaya menjawab dengan confident nyer. -bangga-

Movie X-Men kali ni mengambil waktu ketika X-Men belum wujud lagi. Mengupas kisah Profesor X (Charles Xavier) dan Magneto (Erik Lehnsherr) ketika zaman diorang muda. Waktu tu belum ada orang tahu yang wujud nyer mutant macam diorang, yang ada superpowers.

Aku tak nak citer lebih. Nanti spoil pulak korang nak tengok. Satgi korang gak yang marah aku citer lebih2. Kalo nak baca sinopis ngan summary, korang bole klik SINI untuk sinopsis, dan click HERE for summary (mix antara bahasa melayu dan english adalah disengajakan -terima kasih-).

Apa pun, movie ni adalah berbaloi untuk ditonton di panggung wayang. Aku kata best, tapi cik awek sempat gak terlelap tang hujung2 movie ni. Tak tau la dia rasa bosan ke, dia ngantok ke atau dia tak paham. Ngehehe...

Sebenar nyer aku nak citer pasal watak Havoc dalam movie ni. Tapi aku pendamkan dlu niat aku. Next time je la aku citer...



2 so full of themselves :

vanilla said...

best x-men nih ;)

aswadz said...

best. tp ada org yg trtdo kat sblh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...