Friday, June 10, 2011

Pasal Ikan Sebelah

Sape yang kat sini kaki memancing atau sker benor memancing2 nih? Memancing awek takde dalam kategori ni ek. Maksud aku adalah pancing ikan. Bukan awek. Aku tak tergolong dalam kategori kaki pancing. In fact aku tak pernah pergi memancing pun seumur hidup aku. Okay. Yang tu tipu je.

Yang aku ingat, ada la kot dalam 2 kali aku pergi memancing. Skali tu ngan keluarga abang ipar aku. Skali tu lak ngan arwah bapak aku. Tu pun masa aku kecik. Tak ingat sangat pun. Takpe. Tu sumer aku akan citer dalam entri2 aku yang akan datang (kalo aku ingat).

Apa yang aku nak tanya ni, adalah pasal ikan sebelah. Sape pernah jumpa atau terpancing ikan sebelah ni? Aku sebenar nyer tak tau langsung pasal kewujudan ikan nih. Hehehe... Bila member aku dok sembang2 pasal ikan nih, baru aku tau. Bila dah tau, of course la terasa nak kongsi kat blog. Mana la tau, kot2 ada lagi yang tak tau macam aku nih.


 [Ikan sebelah]


Ikan sebelah (Ikan Sebelah Laut) atau nama saintifik nyer Pseudorhombus spp./ Achiroides spp. merupakan ikan air masin dan tawar dan bole didapati di negara2 ASEAN termasuk ler Malaysia. Kalo korang perasan, dua2 mata ikan ni ada kat sebelah je. Pastu, separuh lagi badan ikan ni hanya leper. Seolah2 sebelah badan ikan tu dah kena makan.


[Perbezaan kedua2 belah ikan sebelah]


Ada gak yang panggil ikan sebelah ni ikan sisa Nabi. Konon nyer ikan ni hasil sisa Nabi Sulaiman a.s.  yang telah makan sebelah je ikan nih dan pastu lepaskan ikan ni semula ke laut. Dengan kehendak Allah, ikan ni hidup kembali dan kekal rupa nyer seperti skang, iaitu sebelah telah dimakan manakala sebelah lagi belum disentuh.

Tapi tu hanya citer orang je. Tak tau ler sahih ke tidak. Pastu ada gak citer yang daripada segi saintifik lak. Iaitu asal nyer ikan ni sama je macam ikan laen. Tapi sebab ikan ni sker menghabiskan hayat nyer dengan meniarap atas salah satu belah badan nyer, so bahagian badan yang tertiarap tu pun menjadi tak berguna dan last2 jadi leper.




Untuk menyesuaikan keadaan, mata ikan ni pun beralih la ke bahagian badan yang sebelah lagi tuh. Citer yang ni pun tak tau la btol ke tak. Aku cuma kongsi kan ngan korang je...


p/s: ikan ni bole dimakan ke tak?

4 comments:

vanilla said...

xpenah tahu jugak...huhuh

aswadz said...

ida pun x tahu gak ek. hehehe...

cik azeya said...

aku bukan kaki pancing, tapi penah lah jugak dapat hadiah no bape tah kategori ikan paling berat..

bangga weh.
haha.

aku ingat2 lupe ar ikan ni. aku rasa macam penah dengar before nih. ikan ni boleh makan ke? -.-

aswadz said...

bab mkn atau x leh tu, aku x pasti. tp bole kot. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...