Monday, March 14, 2011

BBC Flashnews Hoax?

"A Nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4.30 AM today. If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer - BBC Flashnews."


You know what guys? I think this is just a hoax. And to those who believe in it, should go to their nearest hospital to check for any brain damage. The cause of the brain damage is probably came from this hoax message, in which they eventually forward it to someone else just as soon as they read the message.

Eh, aku speaking English ke tadi? Wahhh... Kagum dengan diri sendiri. Hahaha... Anyway, sebab apa aku cakap entri ni hoax?


1. Diorang cakap info ni daripada BBC Flashnews. Tapi aku search info2 ni kat web, takde satu web pun yang bagi link kepada the actual news daripada BBC? Tak korang rasa pelik ke?

2. Fukumi tak wujud. Baca the first sentence pun korang dah kena tipu. Dah kena tipu bulat2 pun korang tak sedar. Dah la tak sedar diri kena tipu, pastu forward lak kat member supaya diorang pun tertipu skali (sape yang tak tertipu tu bagus la). Untuk pengetahuan anda sumer, reaktor nuklear yang ada leaking tu (tak tau la explode ke tak, aku tak pasti) terletak di kawasan Fukushima. Tak caye kalu, sila baca ENTRI ni.


Kebenaran tentang hujan asid tu bagi aku hoax semata2... Tapi kemungkinan hujan asid tu berlaku di Jepun sendiri, aku tak pasti. Apa yang aku tau, tahap radiasi adalah rendah dah cuma diorang tengah bekerja kat reaktor tu je yang ada possibility untuk exposed kepada tahap radiasi yang tinggi.

Tak bole dibandingkan dengan kes Chernobyl yang dlu, sebab kes Chernobyl tu 400 kali ganda contamination berbanding dengan bom atom jatuh kat Nagasaki dan Hiroshima. Dan kalo korang baca kes Chernobyl ni kat wikipedia, dia takde mention langsung pasal acid rain. Begitu juga dengan artikel ni.

Acid rain tak acid rain, pandai2 la orang Jepun jaga diri diorang. Kita yang jauh2 ni nak risau2 apa lak. Kedudukan Malaysia ni dah sket punya jauh pun korang nak risau lagi. Cuba kalo Malaysia ni kat kedudukan yang dekat macam Korea tu. Baru la logik korang nak mencicit ke, nak sms mesej hoax ke. Tak cukup jauh lagi ke kedudukan Malaysia ni? Nak letak dekat Kutub Selatan baru rasa selamat?

Aku pelik ngan orang Melayu nih. Sumer benda nak dijadikan sumber ketakutan. Freemason la, Illuminati la. Ni acid rain jatuh kat Malaysia lak. Tapi bagus gak sometimes korang risau benda2 gini. Dapat tunjukkan keprihatinan korang. Waktu ni la dapat tunjuk keprihatinan korang. Selalu nyer tak dapek orang nak tengok. Hehehe...

Kalo nak berlaku hujan asid tuh, tak yah tunggu reaktor nuklear bocor pun takpe. Ada cukup je gas carbon dioxide, carbon monoxide, nitrogen atau sulfur dalam udara, maka terhasil lah hujan asid. Nak baca lagi lanjut, bole tengok wikipedia atau baca kat SINI.

Apa pun, berita yang tersebar ni hoax, hoax dan HOAX... Tak caye, baca sendiri berita2 kat bawah ni. Kalo tak cukup lagi, korang cari sendiri...




Tapi... TAPI... Weh, entri ni tak abes lagi. Jangan klik butang pangkah kat browser korang tuh. Ni nak bagi tau. Walau apa pun korang nak fikirkan, nak percaya ke tak. Up to you la kan. Kalo korang rasa nak selamat, korang duduk la dalam rumah korang masa hujan.

Aku tak nak tak pasal2 korang tuduh aku lak jadi penyebab korang kena kanser pada masa hadapan, just sebab korang baca entri aku nih. Hehehe...


UPDATED: Korang mungkin teringin untuk membaca latest entri aku yang bertajuk Nuklear radiation dan hujan asid.

2 comments:

vanilla said...

tak sia2 blaja fizik dulu....apa itu nuklear...ape itu acid rain...heheheh

aswadz said...

btol tu. x sia2 cikgu ajar. walaupun last2 lupa. hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...