Friday, March 18, 2011

Supermoon dan Bencana di Jepun

Korang pernah dengar teori pasal "supermoon" yang dilaporkan ada kaitan dengan kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun? Konon2 nyer graviti bulan akan mempengaruhi cuaca Bumi dan menyebabkan aktiviti gunung berapi menjadi lebih aktif.

Supermoon ni adalah term yang diorang gunakan untuk describe position bulan waktu orbit bulan berada paling dekat dengan Bumi. Fenomena supermoon ni dijangka akan berlaku pada 19 Mac 2011 aka Sabtu ni, which juga jatuh pada tamat nyer tempoh lesen memandu aku. Well, dah renew dah pun...




Fenomena supermoon pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Cuma tahun ni bulan akan dijangka berada dalam keadaan full moon, yang menjadikan kehadiran nyer dirasai oleh seluruh penduduk dunia. Sampai ada yang menggunakan term "extreme supermoon" sebab dah la jarak bulan dan Bumi pada waktu tu dijangka adalah yang paling hampir dalam 18 tahun, ditambah lak ngan fasa bulan penuh pada waktu tuh.

Seperti yang kita tahu dan aku sendiri tahu, bulan mempengaruhi pasang surut air laut. Kalo fakta ni korang tak tahu, better balik ke sekolah rendah. Hehehe...

Apa yang menjadi debate skang adalah astrologer (bukan ahli atau pekerja ASTRO) mengatakan yang fenomena supermoon ni akan bakal menyebabkan tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

On the other hand lak, saintis menyangkal dakwaan astrologer dengan mengatakan bahawa bulan tidak membawa pengaruh terhadap gempa bumi dan letusan gunung berapi. Saintis mengatakan yang gempa bumi berlaku sebab pergerakan plat2 bumi bawah tanah yang bergerak manakala tsunami lak berlaku disebabkan pergerakan lantai dasar laut.

Sebab apa ada teori pasal supermoon dan bencana alam nih? Untuk pengetahuan korang, tsunami di Indonesia dan taufan Katrina berlaku pada tahun 2005 berlaku sekitar fenomena supermoon. Tahun ni lak, gempa bumi dan tsunami di Jepun dan gempa bumi di Beijing yang berlaku baru2 ni juga berlaku sekitar fenomena supermoon.

Well, maybe a coincidence. Or maybe not. Terpulang la kat korang nak percaya ke tak kan. Kalo aku, percaya pun tak. Tak percaya pun tak. Maksud nyer, aku wat bodo je... Kalo bencana nak berlaku, dah ketentuan Allah kan. Lagi2 dah nak akhir zaman ni. Kalo takde supermoon pun, aku tengok bencana alam menjadi2 gak.

Tapi, bagi sape2 yang nak bagi pendapat korang, sila tinggalkan mesej anda di ruangan komen.


2 comments:

vanilla said...

ooooooooooooooooooooooo

aswadz said...

tp smlm cam xde je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...