Korang pernah dengar nama tempat "Bukit Gajah Mati"? Kalo pernah, korang tahu legenda atau sejarah tempat ni? Aku pun pernah dengar gak nama tempat ni. Tapi tak tau langsung apa2 sejarah mahupun legenda yang berkaitan dengan tempat ni. Until a few days ago bila terbaca kat Yahoo! News.
Kalo korang nak tau, Bukit Gajah Mati ni terletak di Kampung Gagu, Jelebu. Menurut penduduk setempat, seekor gajah jantan ditanam di situ setelah dibunuh oleh sekumpulan penduduk kerana memijak sampai mati beberapa orang penduduk kampung sekitar sebelum Perang Dunia Kedua.
Baru2 ni penduduk kampung tersebut digemparkan dengan Buyung Gagu, gajah terakhir di hutan Jelebu ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Nogori Sombilan... Penangkapan Buyung Gagu bermakna tamatlah legasi gajah di Kampung Gagu.
Buyung Gagu di masa kecik, dia bersama dengan 3 ekor gajah dewasa. Tapi gajah2 dewasa tu dah lama mati dan Buyung Gagu hidup bersendirian sejak itu, kadang kala dilihat berkeliaran di kawasan hutan jajahan nyer.
[Buyung Gagu]
Tapi Empangan Teriang yang dibina pada 2009 memutuskan beberapa jalan hutan yang kemungkinan menjadi laluan hutan gajah tersebut, menyebabkan Buyung Gagu keliru dan kadang2 tersesat sampai di pinggir kampung.
So, sejak empangan tu terbina, Buyung Gagu start la muncul kat kawasan kebun dan rumah penduduk. Jadi penduduk kampung mula la rasa bimbang akan keselamatan mereka. In case la kalo gajah ni mengamuk. Kot2 la gajah tu pekik "Owh, korang la yang bunuh sedara-mara aku dlu2 ek!!"
Buyung Gagu ni lak jenis yang bijak. Kadang2 dia meninggalkan tapak kaki yang kecil, membuatkan penduduk ingat ada anak gajah yang tersesat. Pada hari laen lak, dia akan tinggalkan jejak seperti laluan seolah2 ada sekumpulan gajah yang masuk ke kawasan kampung. Rupa2 nyer dia yang punyer keje.
Tak cukup ngan itu, Buyung Gagu pun ikut jadual waktu dia. Kadang2 kalo dia kemaruk nak makan pisang yang sedap, dia sebat pisang kat kebung orang kampung. Setahun sekali dia tumbangkan pokok kelapa, makan umbai kelapa. Jadual waktu dia tu mungkin dia catatkan kat iPad versi gajah kot.
Misi2 penangkapan Buyung Gagu, korang bole baca sendiri kat SINI.
[Operasi menenangkan Buyung Gagu]
Sumber: Bernama
No comments:
Post a Comment